Assalammualaikum......
pada minggu ke 10 yang bertarikh 2/5 kami daripada semesster 2 yang mengambil subjek pintar cerdas berbakat dan kreatif telah pergi membuat lawatan ke Pusat Permata Pintar negara yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.Sebelum dibawa melawat ke kawasan berkenaan,kami terlebih dahulu diberikan taklimat berkaitan pelajar pintar cerdas ini sebelum dibawa melawat pelajar pintar cerdas ini.Ketika melihat keadaa sekeliling,saya tertarik dengan suasana persekitarannya yang tenang dan jauh daripada hirup pikuk bandaraya yang memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajarnya menimba ilmu dengan baik.
Layout
Friday, 17 May 2013
Thursday, 16 May 2013
Menyelami Kehidupan Si buta Pintar..
Assamualaikum dan salam sejahtera..
Pada minggu ini, kami telah menjalankan suatu aktiviti santai yang melibatkan penggunaan beberapa alatan. Dalam aktiviti tersebut, kami di arahkan untuk menjadi orang buta. Seperti yang sudah dimaklum oleh Pn Fazeila seminggu sebelum berjalannya aktiviti ini, kami diberitahu bahawa aktiviti tersebut akan dijalankan di pekarangan blok 10 yang mana di kawasan itu, persekitarannya amat luas.
PARLIMEN
Assalmualaikum ,
hari terakhir dikelas PC dan kami tugaskan untuk berdebat ala-ala parlimen .
Tanpa kerajaan dan pembankang tidak lengkaplah sesuatu sidang parlimen
tersebut. Hurmmmm… tajuk pendebatan hari ini adalah Sekolah Pintar Cerdas
Adalah Pemancu Kejayaan Negara. Sebagai kerajaan kami akan menyokong dan
bersetuju akan usul ini. Debat ini
bertambah sengit apabila Perdana Menteri menjawab segala hujah yang dilontarkan
oleh Ketua Pembakang . Hujah yang dilontarkan atau disoal adalah berkaitan
dengan kewangan. Mengapa kerajaan
meluluskan atau menyalurkan dana yang banyak kepada Permata Pintar berbanding Sekolah Agama Rakyat ?? Perdana
menteri telah menjawab segala persoalan tersebut dengan isi yang padat dan
lengkap . Tetapi malangnya masa amat mencerumbui kami dimana terdapat menteri-menteri sama ada di pihak
kerajaan dan pembakang tidak sempat membentangkan usul masing-masing. Mungkin
ini kali pertama kami adakan debat ala parlimen insyaAllah sekiranya diberi
peluang kami akan memperbaiki cara dan mengetahui bagaimana hendak menguruskan
sesuatu sidang itu . Yang paling penting adalah MASA di mana sekiranya kami
dapat menguruskan masa dengan betul tidak mustahil semua ahli kabinet dan
pembakang dapat membentangkan usul mereka dan kami akan memperbaiki untuk
semester depan . ( kalau ada lagi la debat sebegini hahaha ). Kami di pihak
kerajaaan amat bersetuju dengan usul yang dinyatakan oleh Perdana Menteri
dimana Sekolah Pintar Cerdas Pemancu Kejayaan Negara . Sebagai contoh sekiranya kita hendak hasil yang baik , kita
perlu laburkan modal yang banyak untuk mendapat keuntungan tersebut. Mungkin
kita tidak nampak hasil itu dalam masa terdekat tetapi kita akan dapat melihat
hasil tersebut dalam 10-15 tahun akan datang. Hasil ini dapat menjadikan
Malaysia sebagai negara yang maju dari segi pelbagai bidang !!! Dan
Alhamdulilah usul kami diterima oleh pihak juri.
(NAJIHAH, HAFIZAH,
AINIEYNA,ALIAH,HIDAYAH , AMALINA DAN YUSRANIZAR)
Mengimbau kenangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hhaaaaaa...!! pada minggu ke-8 kelas berjalan seperti biasa di makmal pendidikan khas...kehadiran pelajar, semua hadir saja.... kelas pada hari ini pelajar dikehendaki mengingati kembali subjek yang pernah dipelajari sewaktu semester 1 dan 2...bukan senang nak ingat semua balek kan...kena perah otak nak ingat semua tu....mulalah pelajar menyebut subjek yang pernah dipelajari dahulu..ada jgak subjek yang tak pernah kita dengar...orang-orang yang expert saje amek subjek cmtu...hehe...

lawatan ke Pusat Permata Pintar !!
Assalamualaikum..,,
Pada 2 Mei 2013, pelajar-pelajar pintar cerdas sesi 2012/2013 telah mengadakan lawatan ke Pusat Permata
Pintar di UKM. Kami bertolak dari UPSI pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke UKM
lebih pukul 10 .00 pagi. Setelah sampai
di UKM, kami telah dibawa ke bilik seminar bagi mendengar ceramah mengenai
sejarah penubuhan PERMATA PINTAR CERDAS secara ringkas. Kemasukan ke PERMATA
PINTAR CERDAS dijalankan dengan mengadakan ujian-ujian tertentu secara
peringkat-peringkat iaitu UKM 1, UKM 2 dan UKM 3. Peringkat pertama iaitu UKM 1
hanya dijalankan melalui online dan setelah lulus baru mereka yang terpilih
akan mengambil ujian UKM 2. Kami juga
diberitahu mengenai subjek-subjek, ujian yang perlu diambil sebelum melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. Permata Pintar turut menyediakan bilik muzik kepada
pelajar-pelajar ini bagi menghilangkan tekanan dan mereka banyak meluangkan masa
di perpustakaan dan makmal serta bilik-bilik
khas bagi mereka mengulangkaji pelajaran dan meluangkan masa bersama
rakan-rakan.
(aimi farhana&christina)
(aimi farhana&christina)
MENGENAL ERTI PEMBELAJARAN PINTAR CERDAS??
Bissmillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum, salam pertemuan dan perkenalan…Hari ni tanggal 19 februari 2013 merupakan hari pertama sesi pembelajaran kami mengenai apa itu pintar cerdas. Sebelum ini kami hanya mendengar di kaca televisyen,radio mengenai seseorang yang pintar cerdaS. Tetapi pada hari kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai apa yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Dengan itu, sesi permulaan pembelajaran kami dimulakan dengan sesi pembentangan apabila kami diberi sehelai kertas mahjong untuk membentangkan apa yang kami faham mengenai PINTAR CERDAS..huhu.. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi masa oleh Puan Fazeila untuk membuat peta minda di kertas tersebut. Kami berbincang antara satu sama lain.
Susunan Gambar Ting Tong
Assalamualaikum dan
salam sejahtera……
Pada minggu ke-5, Puan Faiezaratul
Faziela bt Isa telah membuat satu aktiviti menarik. Kami semua telah
dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 9 orang pelajar. Setiap kumpulan dibekalkan
beberapa keping gambar yang sama. Berdasarkan gambar yang diberi kami
dikehendaki menyusun gambar tersebut untuk dijadikan satu cerita. Oleh itu,
setiap kumpulan dikehendaki membuat satu cerita berdasarkan apa yang terdapat
di dalam gambar tersebut. Aktiviti ini sangat menarik kerana kami dikehendaki
membuat satu cerita berdasarkan gambar yang diberi. Dalam aktiviti ini, kami
seolah-olah membuat satu skrip jalan penceritaan seperti dalam drama-drama,
filem dan telemovie hahaha…Mengikut masa yang telah ditetapkan, puan meminta
kami untuk membuat satu cerita mengikut kreativiti dan idea-idea masing-masing setiap
kumpulan.
Selepas masa tamat, setiap kumpulan
diberi masa untuk menceritakan jalan penceritaan tersebut. Kumpulan kami
diwakili oleh Kareena untuk menceritakan filem yang kami hasilkan hehehe…Setiap
kumpulan mempunyai jalan penceritaan yang menarik. Puan Faiezaratul Faziela
telah mengumumkan jalan penceritaan kumpulan kami hampir-hampir sama dengan
jalan cerita yang sebenar. Kumpulan kami sangat gembira hehehe…Puan Faiezaratul
Faziela telah menghadiahkan kami button kepada setiap ahli kumpulan kami.
Button tersebut berbunyi ‘BACA’ @ “Today a reader tomorrow a leader.”- Margaret
Fuller. Kumpulan kami sangat gembira
dengan pemberian hadiah daripada puan. Nilai moral yang dapat diambil daripada
aktiviti yang telah dijalankan ini ialah semangat berpasukan. Sekiranya ahli
pasukan tidak bersemangat untk menyumbang idea atau tenaga sepanjang permainan,
pasti sukar untuk suatu pasukan untuk berjaya. Selain itu, setiap ahli kumpulan
perlu merancang strategi supaya matlamat berjaya dicapai dengan hasil yang
terbaik. Akhir kata, kami amat gembira dengan pembelajaran hari ini. Kami
berharap agar kami dapat mengaplikasikan teknik ini kelak.
Sekian dari saya…
(NurZulaikha,
Nor Amira, Wan Khairunisa, 2013)
Minggu 7( OPEN COMPARE AND CONTRAST 1972 AND 1993 )
Pintar Cerdas Semester 2
|
OPEN COMPARE AND CONTRAST
1972 AND 1993
Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia kawan-kawan….
Pada minggu ini, kami telah mempelajari bagaimana pintar cerdas didefinisi . Oleh itu, setiap tamadun, negara atau individu mempunyai definisi yang berlainan terhadap maksud pintar cerdas.
THE DOT!
Assalamualaikum.. :)
Pada kelas kali ini, kami telah menyaksikan satu persembahan khas daripada Puan Faeizaratul Faziela yang bertajuk 'THE DOT". The Dot merupakan sebuah buku yang kami kira boleh dianggap sebagai satu motivasi untuk diri kita. Buku ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang tidak tahu untuk melukis dan menyebabkan dia tidak mahu melukis walaupun disuruh oleh gurunya. Namun begitu, gurunya menasihatkan pelajar tersebut supaya cuba untuk melukis sesuatu di kertas yang diberi. Pelajar tersebut tetap mengatakan bahwa dia tidak tahu melukis. Lalu guru tersebut meminta dia untuk membuat titik di atas kertas itu. Dengan titik tersebut, gurunya telah mempamerkan kertas itu di dalam kelas. Pelajar tersebut begitu teruja dan mempunyai semangat untuk melukis lagi. Di dalam hatinya mengatakan "cikgu mempamerkan lukisan aku yang hanya terdapat titik? aku boleh buat lebih daripada ini! mari saya buktikan." Bermula daripada itu, pelajar itu telah mencuba melukis berulang kali dan hasilnya dia berjaya menjadi pelukis yang hebat!! Hanya bermula dengan "THE DOT!" Bagi kami, kisah pelajar ini sangat memberi inspirasi untuk menuju kejayaan. Jelas di sini bahawa peranan guru sangat penting untuk meningkatkan motivasi pelajar. Sekian sahaja daripada kami. Adios :)
(Ilyana & Waridah, 2013)

JOM KE PARLIMEN!! :)
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah kelas sebentar tadi merupakan kelas terakhir dan kami telah berjaya melunaskan tugasan kami dengan jayanya. Sebut sahaja parlimen mesti sudah terbayangkan keadaan di Dewan Parlimen yang dipenuhi menteri-menteri Malaysia yang gah ber'blazer' dan nampak begitu elegen sekali bukan? Jangan terkejut sekiranya kami juga telah mewujudkan "Dewan Parlimen UPSI" hanya untuk sejam. Menteri-Menterinya juga segak berkot! Jangan tak tahu. Siap ada tag nama lagi. hikhik. Tajuk perdebatan kami sebentar tadi Sekolah Pintar Cerdas : Pemacu Kejayaan Negara. Kami kira tajuk tersebut sangat menarik ya jika dapat dikupas satu persatu. Persaingan hebat telah berlaku antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Terasa bahang kepanasan antara ketua pembangkang dan Perdana Menteri ketika masing-masing mengeluarkan hujah. Kami di pihak pembangkang sudah tentu perlu menolak usul kita pada hari ini. Isu kewangan menjadi isu utama kami. Sekolah pintar cerdas dianggap sebagai membazir wang sedangkan jika tidak diwujudkan sekolah pintar cerdas juga, Malaysia boleh melahirkan ramai pelajar pintar yang dapat digunakan untuk pembangunan negara. Bagi pihak kami, sekolah pintar cerdas bukanlah satu-satunya langkah atau medium bagi melahirkan pemacu kejayaan negara. sekolah kluster, MRSM dan sekolah bestari juga sekolah berasrama penuh boleh melahirkan pelajar yang berjaya. Bukan sahaja dari aspek akademik, malah jasmani dan rohani juga. Ada sahaja kesalahan yang kami cari kan? Haha adat bertanding, usul hari ini diterima. kami terima dan redha dan pasrah. Masa juga amat mencemburui kami. Tidak sempat kesemua pihak pembangkang dan menteri di pihak kerajaan mengeluarkan hujah masing-masing, pihak juri sudah meminta Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri membuat sesi penggulungan. Tak puas rasanya. Tapi tidak mengapa! Semester depan mungkin aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi. insyaAllah kita akan berjumpa pada semester hadapan! Adios! :)

Debat Ala Parlimen
DEBAT ALA PARLIMEN...................(PC 2012/2013-SEMESTER 2)
Hari bersejarah untuk pelajar pintar cerdas intake 2012/2013 dalam dewan parlimen.....
Debat pada hari ini dianggotai oleh 2 pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Kesemua ahli dewan segak dan cantik berpakaian ala-ala parlimen gitu. Debat ala parlimen ini dijalankan untuk menunjukkan cara kita menjawab dan mengusulkan sesuatu . Sememaangnya debat pada hari sungguh menarik dan berpuas hati dengan cara pihak pembangkang untuk mematahkan hujah pihak pembangkang dan cara pihak kerajaan mengusulkan dan mematahkan balik hujah yang telah diberikan oleh pihak pembangkang. Akhirnya usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan telah diterima oleh dewan rakyat iaitu juri jemputan kita pada hari ini.......
Gambar-gambar ketika berlangsungnya debat ala parlimen..(sempat lagi nak bergambar yer Yang berhormat sekalian.......usul-usul yang nak dibentangkan dh ari ke tak ni..haaa)
SENARAI NAMA AHLI-AHLI KABINET PINTAR CERDAS 2012/2013

Yang di-Pertua Dewan Rakyat PC
Datuk Nur Syifaa Bt Che Jamil
Kerajaan
1.Dato' Seri Hajah Afitri Murkandi (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan)
2.Dato' Sri Dr Ainieyna (Menteri Pengajian Tinggi)
3.Tan Sri Datin Paduka Dr. Atikah Bt. Abu Bakar (Menteri Luar Negeri)
4 Datuk Dr. Hjh. Noor Syhaera Binti Muhammad (Menteri sains teknologi & Inovasi)
5.Dato' Sri Profesor Madya Nur Najihah bt Abd Manaf (Menteri Pembangunan keluarga,wanita & masyarakat).
6.Datuk Dr. Noor Hafizah bt Mat Yusoff (Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah)
7. Datin Sri Paduka Nur Amalina bt Jusoh(Menteri Pelajaran)
8.Dato' Paduka Hjh. Siti Aliah bt Abd Rahim (Menteri Belia &Sukan)
9. Dato' Paduka Dr.Noor Hidayah binti Jamaludin (Menteri Penerangan,Komunikasi &Kebudayaan)
10. Datin Sri Tuan Yusranizar bt Tuan YUnus( Setiausaha Sulit)
11. ACP Datuk Wan Nurul Atieyani bt Wan Ismail( Menteri Pertahanan)
12. Datin Paduka Siti Sarah bt Mohamad Zukri(Menteri Sumber Manusia)
13.Dato' Wira Nur Akmar bt Ramli(Menteri Pelancongan)
Pembangkang
1.Tan Sri Dato' Muhammad Nizam (Ketua Pembangkang)
2.Datuk Dr. Hjh. Wan Khairunisa Wan Ab Rahman (Ketua Kerohanian & Pembangunan Insan)
3.Dato' Nurzulaikha Binti Ngah ( Ketua Hal Ehwal dalam Negeri)
4.Datuk Seri Nor Aqilah Binti Mohamad Suhaimi ( Ketua Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
5.Datuk Dr. Siti Waridah Binti Ngadalan (Ketua Pendidikan Negara)
6.Datin Seri Dr. Noor Ilyana Binti Idris (Ketua Pembangunan Negara)
7.Datuk Paduka Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir (Ketua Penyiasatan)
8.Datuk Wira Nor Amira Binti Ghazali ( Ketua Kewangan)
9.Datuk Hjh. Nabillah Binti Chek Derahman (Ketua Luar Negeri)
10.Datuk Nurfatinna Binti Muhammad Zaidi ( Ketua Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan)
11.Left. Jen. Datuk Aimi Farhana Binti Abu Ashaari (Ketua Sains Teknologi & Inovasi)
12.Datin Seri Hjh Siti Nazihah Binti Bakar ( Ketua Pelancongan)
13.Datin Paduka Seri Christina uchat (Ketua Belia dan Sukan)
Sekian saja dari kami..majulah pintar cerdas untuk negara
(
.Tan Sri Datin Paduka Dr. Atikah Bt. Abu Bakar (Menteri Luar Negeri),
Datuk Dr. Hjh. Noor Syhaera Binti Muhammad (Menteri sains teknologi & Inovasi)
.Dato' Seri Hajah Afitri Murkandi (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan),
Datin Paduka Siti Sarah bt Mohamad Zukri(Menteri Sumber Manusia)
BATTLE OF THE WAR?? APA TU?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah dapat juga kami tulis blog ini dengan
tenangnya setelah menyiapkan tugasan yang beribu-ribu kena buat. Ah penatnya!
Baiklah kita berbalik pada cerita sebenar. Pada minggu ke 8 bersamaan 18 april
2013 yang lalu, kami telah ditugaskan untuk berada dalam kumpulan yang
ditetapkan oleh kami sendiri yang terdiri daripada 6 hingga 7 orang. Pensyarah
kami yang kecil molek Puan Faeizaratul Faziela meminta kami untuk memakai baju
yang warnanya sama dan menyediakan soalan seberapa banyak yang mungkin
berdasarkan artikel yang diberi mengenai teori-teori pintar cerdas. Hah! Apa
yang kami hendak buat dalam kelas kali ini? Cuba teka!
Tongkat Putih, Itulah Kami Pelajar Buta a.k.a Pintar Cerdas
Hola, como estas(apa khabar) ?
Pada selasa 26.03.2013 kuliah berjalan seperti biasa. Tetapi kuliah tidak diadakan dibilik kuliah mahupun bilik seminar.
cuba teka ? dimana kami adakan kelas pada hari tersebut? jeng.jeng..jeng...toing..toing..
Ketika berada disana, kami diminta mencari partner untuk aktiviti yang akan dijalankan. Kami tertanya-tanya, apa yang akan kami lakukan dengan setongkat putih serta penutup mata yang digunakan oleh pelajar braille(masalah penglihatan). Salah seorang dari partner kami dipanggail oleh puan dan seorang berjauhan dengan partner tersebut dan berpaling kebelakang.
Wednesday, 15 May 2013
Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif
assalamualaikum wbt
salam sejahtera
salam 1Malaysia
salam Pintar Cerdas
salam Pendidikan Khas..
Minggu peperiksaan semester 1, kami mengadakan perjumpaan bersama Puan Fazielaratul Faziela bt Isa. Pada hari tersebutkami melantik seorang ketua iaitu Ainieyna dan ahli jawatankuasa yang lain. setelah itu puan memberi kami satu tanggungjawab sepanjang cuti semester satu iaitu tugasan untuk mendalami apa itu pintar cerdas, berbakat dan kreativiti sebelum memulakan kelas pada semester dua.

Ohhhh Plastesinku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :)
PLASTESIN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Apa kena mengena plastesin dengan pintar cerdas...............
Haaaaaaaaaaaaaaa, mari kami nak terangkan
Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 5-6 orang setiap kumpulan.
setiap kumpulan akan dibekalkan dengan besen serta plastesin. besen tersebut perlu mengandungi air. kami juga dibekalkan dengan guli. plastesin tersebut kami perlu membentuk mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan boleh terapung di dalam air.
Pada permulaan percubaan kami, plastesin tersebut tidak terapung di dalam air namun daya usaha kami meneruskannya, plastesin tersebut akhirnya dapat terapung di dalam air pada saat kami sudah hampir mengaku kalah............. tetapi kami masih kuat untuk meneruskannya.
Perangkap Pintar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Pada 14 Mac 2013
Kami telah diberikan tugasan oleh pensyarah kami iaitu bagaimana mahu menangani masalah tin kemek. pensyarah kami selaku pemilik kilang berasa bimbang kerana masalah tin kemek ketika proses pengeluaran tin tersebut. Oleh itu, kami diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

contoh tin yang kemek
Battle Of The War
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Pada 18 April 2013
Kami telah mengadakan peperangan yang begitu besar lagi hebat. Di antara pelajar Pintar Cerdas Semester 2 sesi 2013..... (jeng..jeng..jeng..)
the main point :D
Puan menerangkan serba sedikit tentang pertandingan sebelum ianya bermula.
Ilmu semester 1 dan semester 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Pada 25 April 2013.....
Kami pelajar pintar cerdas, berbakat dan
kreatif (KBC 3013) telah membuat ulangkaji berkaitan segala subjek yang telah
kami pelajari semasa di semester 1 dan semester 2. Telah banyak ilmu
yang dicurahkan oleh pensyarah kepada kami sepanjang bergelar mahasiswa/i Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Pada semester 1 kami telah mempelajari subjek
pembangunan sahsiah, kanak-kanak berkeperluan khas, pengurusan kurikulum,
kanak-kanak masalah pembelajaran disleksia, dasar pendidikan khas dan
sebagainya. Manakala semester dua pula kami mempelajari subjek kenegeraan,
wacana akedemik bahasa melayu , olahraga, pintar cerdas , berbakat dan kreatif
, kanak-kanak autisme ,disleksia , sepanyol, sokongan dalam komuniti dan
sebagainya.
Debat ahli dewan pintar cerdas “Sekolah Pintar Cerdas Pemacu Kejayaan Negara”
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Hari ini tanggal
16 Mei 2013 iaitu pada hari Khamis pada jam 8.30 pagi. Pelajar pintar cerdas
semester 2 sesi 2013 mengadakan pertandingan debat ala-ala parlimen yang
bertajuk Sekolah Pintar Cerdas Pemacu Kejayaan Negara. Ini kali pertama kami mengadakan
Lawatan Ke Pusat PERMATA Pintar UKM
Assalamualaikum…2 MEI 2013
Salam sayang buat pembaca blog semua….
Pada
awal Mei yang lalu, pelajar semester 2 kelas pintar cerdas,berbakat dan kreatif (KBC 3013)
telah mengadakan lawatan ke PusatPERMATApintar Negara yang terletak di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kehadiran kami disambut baik oleh
kakitangan di situ.Pusat PERMATApintar Negara merupakan program yang
dilaksanakan kerajaan bagi mencari pelajar-pelajar pintar cerdas untuk
mengembangkan lagi potensi mereka.. Pusat PERMATApintar
Negara adalah satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang
bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh
tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat
mereka.Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara
yang sangat berharga.
Permainan Guli Aplikasi Prinsip Archimedes
Pada minggu ke-3, Puan Faiezaratul Faziela bt Isa telah membuat satu
aktiviti menarik. Kami semua telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang setiap kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan plastisin dan besen. Kami dikehendaki
mengisi sebahagian besen tersebut dengan air. Mengikut masa yang telah
ditetapkan, puan meminta kami untuk membentuk plastisin yang telah diberi
mengikut kreativiti masing-masing supaya dapat diapungkan di dalam air
tersebut.
Tuesday, 14 May 2013
Imaginasi Mencetus Kreativiti
Salam ukhuwah, salam perpaduan dan salam satu Malaysia...
Pada minggu ini kami telah menjalankan sesuatu aktiviti iaitu melukis sesuatu mengikut citarasa individu. Bagi menjalankan aktiviti tersebut kami diberi sehelai kertas A4 yang terdapat tompok-tompok bulat untuk setiap orang. Seperti yang di maklumkan, tompok-tompok itu asalnya dari tumpahan air kopi daripada cawan. Kami diminta untuk melukis apa-apa sahaja berdasarkan tompok tersebut. Dari lukisan yang kami lukis, masing-masing melukis gambar yang berbeza. Di sini kita dapat lihat setiap orang mempunyai kreativiti yang berbeza walaupun diberi benda yang sama. Kadang-kadang untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif ini, seseorang itu perlu memaksa diri untuk berfikir supaya terhasilnya kreativiti tersebut. Sewaktu aktiviti ini dijalankan, setiap orang perlu berimaginasi tentang apa yang hendak dilukis dan seterusnya imaginasi itu akan diluahkan melalui lukisan tersebut. Perkara ini menunjukkan kreatif itu melatih seseorang berimaginasi. Ketika proses ini, dijalankan pelbagai aksi yang dapat kita lihat seperti ada yang berbincang, mereka juga berkongsi idea, mencuba dan terus mencuba untuk melukis walaupun, dapat kita lihat agak sukar seseorang itu untuk melukis. Selain itu, ada juga individu mengambil risiko untuk terus melukis dengan mengunakan pen, pensil warna dan banyak lagi. Ini menunjukan keyakinan individu itu untuk melukis. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk merangsang imaginasi bagi menghasilkan benda-benda baru sebaliknya bukan daripada imbasan yang kita pernah lihat. Akhir sekali, penilaian telah dibuat oleh juri-juri luar untuk diberi markah terhadap lukisan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar. "Kalau kita melakukan semua yang kita mampu, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya, nak seribu daya tak nak seribu dalih " Sekian.
Nabillah & Aqilah (2013)
Monday, 13 May 2013
Permainan PDK
Assalamualaikum......
Hai kawan2,,,,
Ingat lagi tak rancangan kita yang hendak pergi PDK 2,,???
Khamis yang lepas..
Hai kawan2,,,,
Ingat lagi tak rancangan kita yang hendak pergi PDK 2,,???
Khamis yang lepas..
26.04.2013 iaitu di bilik yang amat selesa di Blok 8... hehehhheee.....
Hari kejadian madam telah menyuruh kami membentuk 3 group,,
Mesti kite pelik kan,,, so cepat2 cari geng untuk mudahkan kerja madam,,,
Pada mulanya kami membentuk group untuk membuat rancangan bagi menjalankan permainan di PDK iaitu 30.04.2013...3 group diberi 3 pilihan dan group kami iaitu group yang ke3 mendapat pilihan untuk membuat cheers. Memang hepi giler2 kerana kami telah mendapat apa yang kami inginkan,,,ehhehheeee,,,,
kesian group lain,,,semuanya jeles dengan group kami,,, hahhahahhahaa....
Selepas semuanya ciap,,,madam telah meneruskan pengajaran iaitu melalui mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sama ada daripada sem 1 ataupun sem 2,, Pelbagai respon daripada kawan2.. memang bising ar bilik 2,,,hehehhhehee,,, tapi madam memang sporting ar sebab madam tidak marah walaupun bising,,
Semua yang telah dipelajari diadaptasikan semasa berada dalam kelas tersebut. Pelbagai jawapan telah diutarakan kepada madam dan telah ditulis oleh madam.
Ini dilakukan adalah untuk mengingati kembali apa yang telah dipelajari dan ianya juga boleh digunakan untuk pergi ke PDK.

Sekian dahulu daripada saya,,
Maaf penulisan yang tidak seberapa... hehehhhehe...
Daripada SYHAERA, ATIKAH, SARAH, AFITRI
Maaf penulisan yang tidak seberapa... hehehhhehe...
Daripada SYHAERA, ATIKAH, SARAH, AFITRI
BATTLE OF THE WAR
BATTLE OF THE WAR (MINGGU KE 8)
18/04/2013
Hai,heheheh..pada kali ini,kelas kami dibahagikan kepada empat group kerana puan akan mengadakan pertandingan pertandingan soal jawab antara kumpulan tentang teori dalam subjek pc..tapi nie la yang paling sedih ni,group kami terpaksa manarik diri disebabkan oleh masalah teknikal yang tak dapat nak elakan,sedih tau..sobsobsob :( ...disebabkan group kami menarik diri hanya tiga kumpulan sahaja yang akan bertanding pada hari ini..tetapi ketiga-tiga kumpulan yang lain secara suka rela menjemput mana-mana ahli kumpulan kami yang ingin memasuki pertandingan tersebut diatas tiket tumpangan sahaja untuk masuk dalam kumpulan meraka..salah seorang ahli kumpulan kami telah memasuki salah satu daripada kumpulan tersebut..

Si Tongkat Putih
Hai semua,,,
Hari selasa yang lalu, 26.03.2013.........
kita semua telah belajar satu pembelajaran yang dilakukan diluar kelas kan?
Mesti semua tertanya-tanya apabila Puan Fazeila menyuruh kita mencari tongkat putih dan penutup mata 2 kan,,,
Mesti semua dah tidak sabar kan untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada hari 2,,
Subscribe to:
Posts (Atom)