Layout

Thursday, 16 May 2013

JOM KE PARLIMEN!! :)

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kelas sebentar tadi merupakan kelas terakhir dan kami telah berjaya melunaskan tugasan kami dengan jayanya. Sebut sahaja parlimen mesti sudah terbayangkan keadaan di Dewan Parlimen yang dipenuhi menteri-menteri Malaysia yang gah ber'blazer' dan nampak begitu elegen sekali bukan? Jangan terkejut sekiranya kami juga telah mewujudkan "Dewan Parlimen UPSI" hanya untuk sejam. Menteri-Menterinya juga segak berkot! Jangan tak tahu. Siap ada tag nama lagi. hikhik. Tajuk perdebatan kami sebentar tadi Sekolah Pintar Cerdas : Pemacu Kejayaan Negara. Kami kira tajuk tersebut sangat menarik ya jika dapat dikupas satu persatu. Persaingan hebat telah berlaku antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Terasa bahang kepanasan antara ketua pembangkang dan Perdana Menteri ketika masing-masing mengeluarkan hujah. Kami di pihak pembangkang sudah tentu perlu menolak usul kita pada hari ini. Isu kewangan menjadi isu utama kami. Sekolah pintar cerdas dianggap sebagai membazir wang sedangkan jika tidak diwujudkan sekolah pintar cerdas juga, Malaysia boleh melahirkan ramai pelajar pintar yang dapat digunakan untuk pembangunan negara. Bagi pihak kami, sekolah pintar cerdas bukanlah satu-satunya langkah atau medium bagi melahirkan pemacu kejayaan negara. sekolah kluster, MRSM dan sekolah bestari juga sekolah berasrama penuh boleh melahirkan pelajar yang berjaya. Bukan sahaja dari aspek akademik, malah jasmani dan rohani juga. Ada sahaja kesalahan yang kami cari kan? Haha adat bertanding, usul hari ini diterima. kami terima dan redha dan pasrah. Masa juga amat mencemburui kami. Tidak sempat kesemua pihak pembangkang dan menteri di pihak kerajaan mengeluarkan hujah masing-masing, pihak juri sudah meminta Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri membuat sesi penggulungan. Tak puas rasanya. Tapi tidak mengapa! Semester depan mungkin aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi. insyaAllah kita akan berjumpa pada semester hadapan! Adios! :)
(Ilyana & Waridah, 2013)

No comments:

Post a Comment