Assalamualaikum.. :)
Pada kelas kali ini, kami telah menyaksikan satu persembahan khas daripada Puan Faeizaratul Faziela yang bertajuk 'THE DOT". The Dot merupakan sebuah buku yang kami kira boleh dianggap sebagai satu motivasi untuk diri kita. Buku ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang tidak tahu untuk melukis dan menyebabkan dia tidak mahu melukis walaupun disuruh oleh gurunya. Namun begitu, gurunya menasihatkan pelajar tersebut supaya cuba untuk melukis sesuatu di kertas yang diberi. Pelajar tersebut tetap mengatakan bahwa dia tidak tahu melukis. Lalu guru tersebut meminta dia untuk membuat titik di atas kertas itu. Dengan titik tersebut, gurunya telah mempamerkan kertas itu di dalam kelas. Pelajar tersebut begitu teruja dan mempunyai semangat untuk melukis lagi. Di dalam hatinya mengatakan "cikgu mempamerkan lukisan aku yang hanya terdapat titik? aku boleh buat lebih daripada ini! mari saya buktikan." Bermula daripada itu, pelajar itu telah mencuba melukis berulang kali dan hasilnya dia berjaya menjadi pelukis yang hebat!! Hanya bermula dengan "THE DOT!" Bagi kami, kisah pelajar ini sangat memberi inspirasi untuk menuju kejayaan. Jelas di sini bahawa peranan guru sangat penting untuk meningkatkan motivasi pelajar. Sekian sahaja daripada kami. Adios :)
(Ilyana & Waridah, 2013)
No comments:
Post a Comment