Assalamualaikum..,,
Pada 2 Mei 2013, pelajar-pelajar pintar cerdas sesi 2012/2013 telah mengadakan lawatan ke Pusat Permata
Pintar di UKM. Kami bertolak dari UPSI pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke UKM
lebih pukul 10 .00 pagi. Setelah sampai
di UKM, kami telah dibawa ke bilik seminar bagi mendengar ceramah mengenai
sejarah penubuhan PERMATA PINTAR CERDAS secara ringkas. Kemasukan ke PERMATA
PINTAR CERDAS dijalankan dengan mengadakan ujian-ujian tertentu secara
peringkat-peringkat iaitu UKM 1, UKM 2 dan UKM 3. Peringkat pertama iaitu UKM 1
hanya dijalankan melalui online dan setelah lulus baru mereka yang terpilih
akan mengambil ujian UKM 2. Kami juga
diberitahu mengenai subjek-subjek, ujian yang perlu diambil sebelum melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. Permata Pintar turut menyediakan bilik muzik kepada
pelajar-pelajar ini bagi menghilangkan tekanan dan mereka banyak meluangkan masa
di perpustakaan dan makmal serta bilik-bilik
khas bagi mereka mengulangkaji pelajaran dan meluangkan masa bersama
rakan-rakan.
(aimi farhana&christina)
(aimi farhana&christina)
No comments:
Post a Comment