Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hhaaaaaa...!! pada minggu ke-8 kelas berjalan seperti biasa di makmal pendidikan khas...kehadiran pelajar, semua hadir saja.... kelas pada hari ini pelajar dikehendaki mengingati kembali subjek yang pernah dipelajari sewaktu semester 1 dan 2...bukan senang nak ingat semua balek kan...kena perah otak nak ingat semua tu....mulalah pelajar menyebut subjek yang pernah dipelajari dahulu..ada jgak subjek yang tak pernah kita dengar...orang-orang yang expert saje amek subjek cmtu...hehe...
Perbincangan ini dilakukan untuk mengingat kembali input-input yang berguna yang bole digunakan semasa lawatan ke PDK nanti. sebagai contoh dalam subjek Kanak-kanak berkeperluan khas, kita mempelajari pelbagai jenis kecacatan. selain daripada punca dan ciri-ciri kecacatan tersebut. Hal ini secara tidak langsung apabila kita melawat ke PDK nanti, tidak akan timbul kemusykilan mengenai pelatih-pelatih yang terdapat disana.
Apabila kita mengetahui serba sedikit mengenai kecacatan mereka, kita tidak akan merasa kekok untuk mendekati golongan tersebut, malah akan bergembira bersama dengan mereka dan merasai peluang besama dengan mereka dengan hati yang terbuka.
Selain daripada itu, secara tidak langsung kita dapat memerah otak untuk ingat semua subjek yang dipelajari bagi digunakn untuk tempoh masa panjang bukan dipelajari untuk peperiksaan semata-mata.ilmu yang bermanfaat perlu disebar-sebarkan untuk kebaikan orang lain.
Kesimpulannya. sesi pembelajaran pada kali ini amat berguna untuk setiap pelajar. apabila seseorang pelajar menyebut mengenai subjek yang diambil,secara tidak langsung pelajar tersebut akan mengimbau kembali sesi pembelajaran ketika berada dalm kelas.
NurFatinna Zaidi, (2013).
No comments:
Post a Comment