Layout

Thursday, 16 May 2013

PARLIMEN



Assalmualaikum , hari terakhir dikelas PC dan kami tugaskan untuk berdebat ala-ala parlimen . Tanpa kerajaan dan pembankang tidak lengkaplah sesuatu sidang parlimen tersebut. Hurmmmm… tajuk pendebatan hari ini adalah Sekolah Pintar Cerdas Adalah Pemancu Kejayaan Negara. Sebagai kerajaan kami akan menyokong dan bersetuju akan usul ini.  Debat ini bertambah sengit apabila Perdana Menteri menjawab segala hujah yang dilontarkan oleh Ketua Pembakang . Hujah yang dilontarkan atau disoal adalah berkaitan dengan  kewangan. Mengapa kerajaan meluluskan atau menyalurkan dana yang banyak kepada Permata Pintar  berbanding Sekolah Agama Rakyat ?? Perdana menteri telah menjawab segala persoalan tersebut dengan isi yang padat dan lengkap . Tetapi malangnya masa amat mencerumbui kami dimana  terdapat menteri-menteri sama ada di pihak kerajaan dan pembakang tidak sempat membentangkan usul masing-masing. Mungkin ini kali pertama kami adakan debat ala parlimen insyaAllah sekiranya diberi peluang kami akan memperbaiki cara dan mengetahui bagaimana hendak menguruskan sesuatu sidang itu . Yang paling penting adalah MASA di mana sekiranya kami dapat menguruskan masa dengan betul tidak mustahil semua ahli kabinet dan pembakang dapat membentangkan usul mereka dan kami akan memperbaiki untuk semester depan . ( kalau ada lagi la debat sebegini hahaha ). Kami di pihak kerajaaan amat bersetuju dengan usul yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dimana Sekolah Pintar Cerdas Pemancu Kejayaan Negara . Sebagai contoh  sekiranya kita hendak hasil yang baik , kita perlu laburkan modal yang banyak untuk mendapat keuntungan tersebut. Mungkin kita tidak nampak hasil itu dalam masa terdekat tetapi kita akan dapat melihat hasil tersebut dalam 10-15 tahun akan datang. Hasil ini dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dari segi pelbagai bidang !!! Dan Alhamdulilah usul kami diterima oleh pihak juri.

(NAJIHAH, HAFIZAH, AINIEYNA,ALIAH,HIDAYAH , AMALINA DAN YUSRANIZAR)

No comments:

Post a Comment