Assamualaikum dan salam sejahtera..
Pada minggu ini, kami telah menjalankan suatu aktiviti santai yang melibatkan penggunaan beberapa alatan. Dalam aktiviti tersebut, kami di arahkan untuk menjadi orang buta. Seperti yang sudah dimaklum oleh Pn Fazeila seminggu sebelum berjalannya aktiviti ini, kami diberitahu bahawa aktiviti tersebut akan dijalankan di pekarangan blok 10 yang mana di kawasan itu, persekitarannya amat luas.
Seusainya waktu kelas bermula, kami semua telah berkumpul di pekarangan blok 10 itu. Sebelum permainan ini bermula, kami telah diberi arahan dan peraturan permainan ini terlebih dahulu oleh Puan dan dalam waktu yang sama telah dibekalkan dengan beberapa peralatan permainan tersebut. Antaranya ialah, sebungkus plastik lidi, beberapa helai kain penutup mata, dan beberapa batang tongkat. Pada permulaan permainan pertama ini, kami semua telah dipecahkan menjadi beberapa pasangan. Oleh yang demikian, salah seorang daripada pasangan kami akan menjadi seseorang individu buta yang akan memakai benda alas penutup mata tersebut. Manakala bagi kami yang normal ini pula, tugas kami adalah untuk memberi desakan/ gangguan atau tekanan serta ancaman kepada pasangan kami yang buta itu. Di mana kami akan menggunakan peralatan lidi-lidi tersebut untuk mencucuk di seluruh anggota badan pasangan kami yang buta itu secara sederhana atau tidak keterlaluan. Ini bermakna, kami tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan unsur keganasan yang berlebihan. Ketika permainan ini berlangsung, kami berasa geli hati dan tersenyum selalu disebabkan jeritan-jeritan pasangan kami itu, berkemungkinan mereka itu berasa kegelian atau sedikit kesakitan akibat cucukan lidi kami itu. Memang sungguh seronok dapat mengenakan mereka..huhuhu.. Namun begitu, tidak adillah jika mereka sahaja yang terkena. Oleh itu, kami semua yang normal tadi telah bertukar posisi pula. Dengan demikian, barulah terasa kenikmatan dan keseronokan permainan itu. Justeru melalui aktiviti, dapat dinyatakan bahawa kepekaan orang buta itu terhadap halangan/ ancaman mereka amatlah penting.
Seterusnya, permainan kedua ialah berjalan seperti orang buta di mana turut berada di dalam kelompok pasangan seperti tadi juga. Cuma dalam permainan kali ini, kami akan menggunakan tongkat yang selalu di gunakan orang buta. Dalam permainan ini, mereka yang boleh melihat akan membawa pasangan mereka yang buta tadi berjalan-jalan disekitar kawasan aktiviti sahaja. Sambil berjalan-jalan mereka akan menyatakan apa yang ada di kawasan itu, sebagai contoh; longkang besar, lubang banyak dan sebagainya. Selepas itu, kami akan meninggalkan pasangan kami yang buta tadi untuk mereka berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain. Permainan yang kedua juga sama seperti permainan pertama di mana setiap pasangan akan bertukar kedudukan agar setiap orang dapat merasai perkara yang sama. Seterusnya maka berakhirlah aktiviti kami pada hari ini. Kami semua terhibur dan berasa sangat seronok dengan permainan sebegini. Permainan ini semua bertujuan untuk merasai perasaan orang buta/ cacat penglihatan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian. Permainan ini juga turut mengajar kita semua bagaimana untuk mempertahankan diri terhadap ancaman luar. Oleh itu, dapat saya simpulkan disini melalui aktiviti ini mengikut konteks pembelajaran kursus kami iaitu "Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif merujuk kepada "twice exceptional" yang bermaksud seseorang individu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ini bermakna, kelebihan itu adalah pintar cerdas dalam waktu yang sama seseorang individu itu buta yang merupakan kekurangan seseorang individu tersebut. Secara tuntasnya, dapat saya tegaskan sekali lagi, tidak semua golongan pintar cerdas tidak mempunyai kekurangan.
Sekian dan terima kasih...
( NABILLAH & AQILAH 2013 )
No comments:
Post a Comment