Assalammualaikum......
pada minggu ke 10 yang bertarikh 2/5 kami daripada semesster 2 yang mengambil subjek pintar cerdas berbakat dan kreatif telah pergi membuat lawatan ke Pusat Permata Pintar negara yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.Sebelum dibawa melawat ke kawasan berkenaan,kami terlebih dahulu diberikan taklimat berkaitan pelajar pintar cerdas ini sebelum dibawa melawat pelajar pintar cerdas ini.Ketika melihat keadaa sekeliling,saya tertarik dengan suasana persekitarannya yang tenang dan jauh daripada hirup pikuk bandaraya yang memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajarnya menimba ilmu dengan baik.
Kami melihat kelas tempat pelajar belajar yang mana di lengkapi dengan infrastruktur yang memberikan keselesaan untuk belajar bagi kanak-kanak ini.Mereka didedahkan dengan suasana pembelajaran di universiti dan ada juga subjek-subjek universiti yang telahpun diambil oleh mereka supaya apabila mereka memasuki universiti kelak akan membiasakan diri dengan keadaan sedemikian.Kira-kira setengah hari kami melawat pusat berkenaan,kami berpeluang bertanyakan sendiri tentang perasaan pelajar-pelajar yang berjaya memasuki Pusat Permata Pintar ini.Ada diantara mereka yang tidak menyangkakan akan mendapat tawaran belajar di sana.Selain itu,bagi pelajar permata pintar,mereka kebiasaannya akan dihantar keluar negara bagi melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi.Ada dalam kalangan pelajar ini sudahpun berjaya mendapatkan pelajaran di peringkat master ketika berumur 23 tahun.Bagi pelajar pintar cerdas ini,mereka kadangkala turut mempuyai masalah dan tekanan dalam kehidupan mereka.
Semasa melihat pelajar ini belajar,mereka amat tekun mengulang kaji pelajaran dan tidak mudah bosan ketika belajar.Penaung kepada Pusat Permata Pintar ini ialah isteri kepada perdana menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor setelah adik Ady putra yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dalam bidang matematik.Daripada SITI NAZIHAH BAKAR
No comments:
Post a Comment