Layout

Thursday, 16 May 2013

MENGENAL ERTI PEMBELAJARAN PINTAR CERDAS??


Bissmillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum, salam pertemuan dan perkenalan…Hari ni tanggal 19 februari 2013 merupakan hari pertama sesi pembelajaran kami mengenai apa itu pintar cerdas. Sebelum ini kami hanya  mendengar di kaca televisyen,radio mengenai seseorang yang pintar cerdaS. Tetapi pada hari kami dapat mengetahui  serba sedikit mengenai apa yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat  dan kreatif. Dengan itu, sesi permulaan pembelajaran kami dimulakan dengan sesi pembentangan apabila kami diberi sehelai  kertas  mahjong untuk membentangkan apa yang kami faham mengenai PINTAR CERDAS..huhu.. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi masa oleh Puan Fazeila untuk membuat peta minda di kertas tersebut. Kami berbincang antara satu sama lain.


Secara ringkasnya, mengikut pemahaman kami pintar cerdas bermaksud cerdik dan pandai. Berbabakat pula bermaksud  kebolehan semulajadi dan kreatif pula ialah kebolehan mencipta  atau menghasilkan sesuatu idea yang baru. Kami pun menampal kertas tersebut di setiap penjuru bilik kuliah . Selepas itu setiap wakil ahli kumpulan akan menerangkan tajuk tersebut dan kemudian ahli – ahli lain akan berjalan dan menanyakan soalan mengenai pintar cerdas ini.
Selepas tamat semua kumpulan menerangkan kerja yang mereka lakukan, kami berkumpul di hadapan untuk mendengar sedikit sebanyak kelemahan dan kebaikan aktiviti pembelajaran kami.  Kami  juga berpuas hati kerana mendapat satu kaedah pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Puan Fazeila juga memberi tunjuk ajar kepada kami dengan baik kerana kami baru sahaja mengetahui cara pembelajaran kami dalam pengkhusasan pintar cerdas ini. Sebagaimana pantun ini
BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
KAMI BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.





Sekian,wassalam……
Daripadak kami purplish girl..
(HAFIZAH, NAJIHAH, AINIEYNA, HIDAYAH,ALIA, AMALINA, YUSRANIZAR)

No comments:

Post a Comment