Pada minggu ini kami telah menjalankan sesuatu aktiviti iaitu melukis sesuatu mengikut citarasa individu. Bagi menjalankan aktiviti tersebut kami diberi sehelai kertas A4 yang terdapat tompok-tompok bulat untuk setiap orang. Seperti yang di maklumkan, tompok-tompok itu asalnya dari tumpahan air kopi daripada cawan. Kami diminta untuk melukis apa-apa sahaja berdasarkan tompok tersebut. Dari lukisan yang kami lukis, masing-masing melukis gambar yang berbeza. Di sini kita dapat lihat setiap orang mempunyai kreativiti yang berbeza walaupun diberi benda yang sama. Kadang-kadang untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif ini, seseorang itu perlu memaksa diri untuk berfikir supaya terhasilnya kreativiti tersebut. Sewaktu aktiviti ini dijalankan, setiap orang perlu berimaginasi tentang apa yang hendak dilukis dan seterusnya imaginasi itu akan diluahkan melalui lukisan tersebut. Perkara ini menunjukkan kreatif itu melatih seseorang berimaginasi. Ketika proses ini, dijalankan pelbagai aksi yang dapat kita lihat seperti ada yang berbincang, mereka juga berkongsi idea, mencuba dan terus mencuba untuk melukis walaupun, dapat kita lihat agak sukar seseorang itu untuk melukis. Selain itu, ada juga individu mengambil risiko untuk terus melukis dengan mengunakan pen, pensil warna dan banyak lagi. Ini menunjukan keyakinan individu itu untuk melukis. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk merangsang imaginasi bagi menghasilkan benda-benda baru sebaliknya bukan daripada imbasan yang kita pernah lihat. Akhir sekali, penilaian telah dibuat oleh juri-juri luar untuk diberi markah terhadap lukisan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar. "Kalau kita melakukan semua yang kita mampu, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya, nak seribu daya tak nak seribu dalih " Sekian.
Nabillah & Aqilah (2013)
No comments:
Post a Comment