Layout

Wednesday, 15 May 2013

Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif

assalamualaikum wbt
salam sejahtera
salam 1Malaysia
salam Pintar Cerdas
salam Pendidikan Khas..


Minggu peperiksaan semester 1, kami mengadakan perjumpaan bersama Puan Fazielaratul Faziela bt Isa. Pada hari tersebutkami melantik seorang ketua iaitu Ainieyna dan ahli jawatankuasa yang lain. setelah itu puan memberi kami satu tanggungjawab sepanjang cuti semester satu iaitu tugasan untuk mendalami apa itu pintar cerdas, berbakat dan kreativiti sebelum memulakan kelas pada semester dua.



pejam celik pejam celik bermulalah semester dua pada kali ini.....
Minggu pertama kuliah kami bersama pensyarah kami iaitu Puan Fazielaratul Faziela bt Isa.


Semua pelajar berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh puan.
antara tugasan yang diberikan ialah :)


PINTAR CERDAS

Pintar Cerdas Keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.        

Dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang menggagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Definisi bagi negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka.

Selain itu, terdapat juga definisi berdasrkan sekolah berkaitan dengan pintar cerdas. menurut Jane Piirto (1999), terdapat dua definisi pintar cerdas berdasarkan sekolah iaitu definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama dan juga definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru.

BERBAKAT
Pintar cerdas dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Pintar cerdas merujuk kepada kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan manusia menjadi lebih sempurna. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh boleh berkembang secara beberapa bahagian melalui beberapa jenis keghairahan, penamaan, psikomotor, deria, intelektual, imaginasi, dan emosi (Sternberg R.J., 2004).
   Gardner, 1993, mengganti istilah bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang cukup banyak dipakai. Sebilangannya ada sembilan kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki seseorang, iaitu logical mathematical, linguistic atau verbal, visual spatial, musical, bodily-kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, natural, dan moral atau spiritual. Teori Gardner ini menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat unik dan berbeza. Orang tidak dapat dipaksa untuk meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol pada dirinya.

KREATIF
Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Menurut Lowenfeld (1975) beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

PELAJAR PINTAR CERDAS 
SEMESTER 2 SESI 2013




~~~akmar,syifaa, atieyani~~


No comments:

Post a Comment