Layout

Thursday, 16 May 2013

Tongkat Putih, Itulah Kami Pelajar Buta a.k.a Pintar Cerdas

Hola, como estas(apa khabar) ?

Pada selasa 26.03.2013 kuliah berjalan seperti biasa. Tetapi kuliah tidak diadakan dibilik kuliah mahupun bilik seminar.
cuba teka ? dimana kami adakan kelas pada hari tersebut? jeng.jeng..jeng...toing..toing..

Ketika berada disana, kami diminta mencari partner untuk aktiviti yang akan dijalankan. Kami tertanya-tanya, apa yang akan kami lakukan dengan setongkat putih serta penutup mata yang digunakan oleh pelajar braille(masalah penglihatan). Salah seorang dari partner kami dipanggail oleh puan dan seorang berjauhan dengan partner tersebut dan berpaling kebelakang.


jeng..jeng..jeng..jesbonnnnn....masa yang ditunggu sudah tiba apabila Puan Fazeila telah memberikan objek yang tajam kepada partner yang tidak menutup mata itu. Kemudian, kami dalam keadaan teruja kerana mata telah ditutup dan tidak dapat melihat keadaan sekeliling. Mungkin ini yang dilalui oleh orang yang mempunyai masalah penglihatan. Mereka telah mencucuk kami menggunakan objek yang telah diberikan oleh Puan. Kebanyakkan di antara kami ada yang geli dan dalam ketakutan. 

pelajar yang belum sampai ke tempat yang perlu dituju


pelajar yang khusyuk mencari hala tuju sampaikan ada orang kacau pon tidak dilayannnya.


Melalui pembelajaran luar kelas ini iaitu mengunakan tongkat dan penutup mata adalah untuk merasai perasaan mereka yang tidak boleh melihat seperti orang normal yang lain. Namun begitu, mereka mempunyai mata hati yang tajam berbanding kita yang normal ni kan??
Renung-renungkan selamat beramal ;)

yang ikhlas dari kami
-akmar,syifaa,atieyani-

No comments:

Post a Comment