Apa kena mengena plastesin dengan pintar cerdas...............
Haaaaaaaaaaaaaaa, mari kami nak terangkan
Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 5-6 orang setiap kumpulan.
setiap kumpulan akan dibekalkan dengan besen serta plastesin. besen tersebut perlu mengandungi air. kami juga dibekalkan dengan guli. plastesin tersebut kami perlu membentuk mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan boleh terapung di dalam air.
Pada permulaan percubaan kami, plastesin tersebut tidak terapung di dalam air namun daya usaha kami meneruskannya, plastesin tersebut akhirnya dapat terapung di dalam air pada saat kami sudah hampir mengaku kalah............. tetapi kami masih kuat untuk meneruskannya.
Setiap kumpulan berjaya mengapungkan plastesin dalam air...hahhahahahha ~~hebatkan kami~~
Setelah itu, wakil setiap kumpulan diminta untuk mengambil guli. Kami diarahkan supaya mengisi guli seberapa banyak yang boleh ke dalam plastisin yang telah diapungkan tadi tanpa menenggelamkannya. disini masalah timbul kembali kerana guli yang dimasukkan akan menenggelamkan plastesin kami.........ohhhhhhhhhhhhhh tidakkk
Akhirnya kumpulan kami dapat memasukkan guli kedalam plastesin tanpa menenggelamkan plastesin itu. Apabila masa yang telah ditetapkan tamat, Puan mengumumkan kumpulan yang terbaik. Kumpulan juara ialah mereka yang berjaya mengisi paling banyak guli iaitu lebih daipada 30 biji guli di dalam plastesin mereka tanpa menenggelamkannya. Manakala kumpulan kedua dapat mengisi lebih 20 biji guli. Kumpulan yang lain juga berjaya melakukannya.
Tujuan Puan menjalankan aktiviti ini bukanlah sekadar untuk bermain. Terdapat pelajaran bermakna yang kita dapat kutip. Pernahkah anda terfikir mengapa sebuah kapal penumpang yang besar dapat terapung di atas permukaan laut? Mari kita lihat prinsip Archimedes tentang daya apungan.
Inilah yang dimaksudkan oleh kami iaitu :)
Archimedes atau Archimedes of Syracuse, seorang tokoh matematik dan jurutera Yunani merupakan orang yang menyedari bahawa terdapat satu daya julangan yang bertindak ke atas objek dalam cecair. Daya julangan ini berasal dari cecair dan menyebabkan objek seolah-olah kehilangan berat dalam cecair. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa jasad yang rendam sepenuh atau separa rendam dalam bendalir akan mengalami satu daya tujah ke atas yang sama magnitudnya dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut......
dari kami
syifaa,akmar,atieyani
dari kami
syifaa,akmar,atieyani
o
No comments:
Post a Comment