Layout

Wednesday, 15 May 2013

Ilmu semester 1 dan semester 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera......


Pada 25 April 2013.....

Kami pelajar pintar cerdas, berbakat dan kreatif (KBC 3013) telah membuat ulangkaji berkaitan segala subjek yang telah kami  pelajari semasa di semester 1 dan semester 2. Telah banyak ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah kepada kami sepanjang bergelar mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada semester 1 kami telah mempelajari subjek pembangunan sahsiah, kanak-kanak berkeperluan khas, pengurusan kurikulum, kanak-kanak masalah pembelajaran disleksia, dasar pendidikan khas dan sebagainya. Manakala semester dua pula kami mempelajari subjek kenegeraan, wacana akedemik bahasa melayu , olahraga, pintar cerdas , berbakat dan kreatif , kanak-kanak autisme ,disleksia , sepanyol, sokongan dalam komuniti dan sebagainya.
            
Pada semester 1 banyak perkara yang kami pelajari melalui khusus yang pilih. Sebagai contoh dalam khusus kanak-kanak masalah pembelajaran disleksia kami membuat ujian diagnostik kepada murid-murid yang mempunyai masalah 3M(membaca, mengira,menulis). Seterusnya subjek pembangunan sahsiah kami menyertai program expential learning selama 2 hari iaitu di Kampus Sultan Azlan Shah. Melalui program tersebut kami mempelajari kerjasama dalam pasukan walaupun baru kenal.
           

Kemudian semester 2 pula,  antara khusus yang kami ambil adalah kanak-kanak kerencatan akal, autisme ,  down sindrom , autisme dan pelbagaian kecacatan. Lagi bahasa inggeris 1,wacana akademik bahasa melayu, olahraga, pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas ,pintar cerdas berbakat dan kreatif , kenegaraan , dan sebagainya. Dalam subjek kanak-kanak kerencatan akal, autisme down sindrom autisme dan pelbagaian kecacatan subjek lebih kurang subjek kanak-kanak bekeperluan khas masa semester satu akan tetapi subjek ini mengetahui lebih mendalam dalam suatu dalam pendidikan khas seperti autisme, disleksia dan sebagainya.

            
seterusnya khusus bagi pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas dapat mengajar kami bagaimana hendak mengawal tingkah laku murid khas di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Antara cara hendak mengawal tingkah laku murid khas ini ialah menggunakan token ekonomi, penguhan positif dan negative, time out dan sebagainya. Semua guru pendidikan khas perlulah bersiap sedia untuk menghadapi tingkah laku murid pendidikan khas yang pelbagai. Antara murid khas yang mempunyai pelbagai masalah tingkah laku ialah hiperaktif dan autisme. Tingkah laku mereka sukar di kawal guru. Oleh itu ,guru perlulah mendalami cara-cara untuk mengawal tingkah laku murid pendidikan khas kelak.

Sekian sahaja daripada kami. Terima Kasih
-akmar,syifaa.atieyani-

No comments:

Post a Comment