Layout

Wednesday, 27 March 2013

“ Perangkap pintar, Kreativiti dan EQ ”


MINGGU 4
Isnin, 11.3.2013

Perkongsian bersama memberi lebih banyak ilmu pengetahuan kepada pembaca. Seperti biasa, setiap kali masuk ke dalam kelas ‘ keupayaan kognitif dan kepelbagaian kognitif ’ kami akan teruja dengan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan aktiviti dijalankan, kami memberi nama syarikat kami sebagai Genting Highland Sdn Bhd. Mesti ramai pelik dengan nama syarikat kami? Ini kerana ada seorang daripada ahli kumpulan kami pergi bercuti senyap-senyap tidak ajak kami, itu yang kami geramkan. Kami diberikan satu tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah satu syarikat tin termaju yang menggunakan segala peralatan serta mesin yang tercanggih namun mempunyai masalah tin rosak.


Pelbagai cara kami bincangkan, ada yang logik dan ada yang mengarut, namun jika kita kreatif apa-apa cara pun boleh dilakukan seperti peribahasa ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’. Kami dikehendaki mengukuhkan bukti cara yang paling berkesan. Jelas dapat disimpulkan, setiap individu berlainan gaya pemikirannya, ada yang sangat menarik dan ada yang mengundang ketawa. Kesimpulannya, kami belajar cara yang menarik dalam mengukuhkan hujah dan bukti syarikat masing-masing.

Sabtu, 16.3.2013
Kelas kami pada hari ini dilakukan di Taman Arca, kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Pemandangan yang sangat tenang telah meransang pemikiran dan emosi kami walaupun kami kepenatan dengan kelas yang penuh sepanjang hari. Aktiviti pertama kami diberi 1 kertas bersaiz A4 yang mempunyai corak bulat besar yang dalam 6 bulatan. Dengan menggunakan daya imaginasi masing-masing kami dikehendaki melukis apa-apa sahaja. Kami leka melukis apa sahaja walaupun kami seperti tidak mempunyai idea dan menjadi kelemahan kami jika hendak melukis, biasalah bukan budak seni. Masa 1 jam seperti 10 minit. Setiap orang dikehendaki menerangkan tema masing-masing.
Pelbagai karya telah terhasil, dalam tidak minat melukis, kami telah berjaya hasilkan karya seni, sungguh menanjubkan. Setelah itu, kami perlu memberi markah secara jujur kepada rakan-rakan yang lain dan menilai sendiri jumlah markah yang diberikan. Berdasarkan aktiviti ini, jelaslah dapat disimpulkan bahawa persepsi kita dengan orang lain sangat berbeza. Puan Faziela telah menerangkan bahawa hasil karya yang kami buat melambangkan tahap imaginasi sama ada kreatif atau tidak, dan pandangan kita dengan orang lain memang tidak akan sama, oleh itu, kita perlu menerima baik buruk untuk membuat pembaikan.
Aktiviti kedua, dengan permainan enjet-enjet semut. Sudah lama kami tidak bermain seperti itu. Kami dikehendaki melakukan permainan tersebut secara bersungguh-sungguh dan seberapa lama yang boleh. Maka ramailah yang nakal mencubit dengan kuat. Di akhir aktiviti ini, nilai yang dapat dalam aktiviti ini ialah perasaan empati seseorang dalam bertindak tidak kira dalam apa jua keadaan.
Aktiviti seterusnya ialah congkak. Kami perlu memerhati dan menganalisis apakah nilai yang cuba disampaikan sepanjang bermain congkak. Dengan adanya 7 biji guli dalam setiap lubang, kami menjelaskan bahawa guli itu sebagai rezeki dan setiap kali pergerakan kami seperti kami berkongsi rezeki yang kami perolehi dengan orang lain tanpa ada perasaan dengki atau jahat langsung. Di sini dapat disimpulkan setiap rezeki, ilmu dan apa sahaja yang kita ada, jika kita ikhlas berkongsi dengan orang lain, kita akan mendapat rezeki yang lain dengan lebih banyak lagi.
Berdasarkan ketiga-tiga aktiviti ini, pensyarah kami cuba menerapkan pemahaman tentang tahap kreativiti, IQ dan EQ masing-masing. Adakah kita di katakan genius hanya berdasarkan tahap IQ yang tinggi sahaja, tanpa kreativiti kita tidak dapat mengatur segala aktiviti dan kehidupan kita sebagai seorang pelajar dan bagaimana cara kita meningkatkan daya kreativiti dan melibatkan EQ dalam setiap tindakan.
FARHANA, ZURA,NIK,AINA(2013)

KJ Technique, satu penyelesaian terbaik

MINGGU 5

Isnin, 18 Mac 2013
Assalammualaikum dan salam satu  sayang kepada semua warga Pintar Cerdas sekalian.
Pada hari ini kami mempelajari Teknik KJ (kawakita Jiro). Apa itu KJ teknik??? KJ teknik adalah penulisan idea di atas helaian-helaian kecil. Apa sahaja yang terlintas di fikiran ,terus ditulis diatas kertas-kertas kecil. Kemudian idea-idea ini dibahagikan didalam kumpulan yang saman. Menarik kan??Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai Teknik ini. Puan Faezila telah membuat satu aktiviti iaitu “sticky note”. Aktiviti ini dijalankan didalam kumpulan kecil,setiap kumpulan diberi satu pad sticky note yang mempunyai warna yang berbeza untuk setiap kumpulan. Sticky note yang diberi perlulah dibahagikan sama banyak antara ahli kumpulan.


                Berbalik kepada aktiviti tadi,kami diminta nenulis cara penyelesaian bagi masalah yang telah diajukan. Terdapat tiga jenis masalah yang telah diutarakan oleh rakan-rakan,iaitu pertama “orang lain yang buat masalah,tetapi kita yang kena”,kedua “kesuntukkan masa membuat assignment” dan ketiga “masalah bangun lambat untuk ke kuliah”. Kami sepakat untuk memilih masalah “kesuntukkan masa untuk membuat assignment”.
Pelbagai jalan penyelesaian yang menarik yang telah ditulis oleh para pelajar,ada yang boleh diterima oleh logik akal dan ada juga yang masih tergapai-gapai di dalam dunia khayalan. Setiap kumpulan diminta untuk menampal sticky note di dinding dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu mudah,sederhana dan paling susah.
kegembiraan terserlah diwajah masing-masing

                Akhir kata,aktiviti pada kali ini amat menyeronokkan dan memberi input yang berguna kepada kami. Teknik yang kami pelajari akan kami gunakan untuk diaplikasi di dalam mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah.


Selasa 19 Mac 2013.

Kelas pada hari ini dibatalkan kerana puan Faezila memperuntukkan masa kelas hari ini untuk menonton tiga filem,bagi tujuan memperkukuhkan lagi pengetahuan kami mengenai Pintar Cerdas, kreativiti dan EQ. Tiga filem tersebut adalah “3 Idiots”, “Searching For Bobby Fischer” Dan “Temple Grandin”. Selamat menonton dan menganalisis setiap filem itu.
AINA,FARHANA,ZURA,NIK (2013)

Gegar Mentor


MINGGU 3

Isnin (4/3/2013)

assalamualaikum wbt.
salam sayang warga blog pintar cerdas…
Untuk perkongsian semua, minggu ini kami pelajar sem 4 telah mengadakan satu aktiviti yang menarik iaitu ‘gegar mentor’. Tentu adik-adik tertanya-tanya apa yang telah kami lakukan pada pagi ini?. Kami telah diberikan satu permasalahan cara untuk mengatasi escalator yang sesak. Maka timbullah bermacam-macam idea yang pelik timbul (kan namanya pelajar pintar cerdas,hehheheeh).

Gaya Berfikir Kreatif


6 thinking hats.
‘6 thinking hats’ ialah gaya pemikiran yang digunakan dalam pelbagai situasi yang terdiri daripada topi putih, topi merah, topi kuning, topi hitam, topi hijau dan topi biru.
Topi putih atau topi fakta membantu mencari maklumat dan data yang mempunyai rekod. Segala maklumat yang diketahui dan diperlukan adalah bersifat neutral dan objektif. “Apa yang saya tahu?”, “Apa yang saya perlukan untuk mengetahui?” dan “Bagaimana saya akan mendapatkan maklumat yang saya perlukan?” adalah antara soalan yang perlu diutarakan apabila menggunakan topi putih. Topi pemikiran ini mampu memberi tumpuan kepada data yang ada. Lihat maklumat yang ada dan apa yang boleh dipelajari daripadanya. Cari jurang dalam pengetahuan, sama ada mencuba untuk mengisi maklumat-maklumat tersebut atau mengambil kira setiap maklumat yang diketahui. Topi ini adalah di mana kita menganalisis trend lalu dan cuba untuk mengeksploitasi daripada data sejarah.



 Antara contoh situasi yang boleh digunakan ialah pengarah sebuah syarikat hartanah melihat sama ada mereka perlu membina sebuah bangunan pejabat baru atau tidak. Tahap ekonomi berada dalam keadaan yang baik dan terdapat pengurangan jumlah ruang kosong pejabat secara mendadak. Mereka kemudian menggunakan teknik 6 Topi Berfikir semasa bermesyuarat. Dengan menggunakan Topi Putih, mereka menganalisis data yang mereka miliki. Maklumat tersebut perlulah berdifat neutral dan objektif. Mereka memeriksa trend dalam ruang pejabat yang kosong yang menunjukkan pengurangan yang mendadak. Unjuran kerajaan semasa menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil untuk sekurang-kurangnya tempoh pembinaan bangunan pejabat tersebut.
Topi merah pula adalah topi perasaan dan gerak hati. Kebiasaannya, perasaan dan gerak hati selalu tercetus dalam maklum balas perbincangan yang di sertai dengan pemikiran logik. Namun perasaan member pengaruh yang lebih kuat daripada pemikiran logik. Topi ini membenarkan kita meluahkan perasaan dan gerak hati masing-masing tanpa perlukan bukti, penerangan atau minta maaf tanpa perlu berpura-pura untuk menyelesaikan sesuatu. Emosi terhasil dengan 3 cara, cara yang pertama melalui latarbelakang emosi iaitu takut, marah, cinta. Cara kedua ialah persepsi awal seperti dihina oleh orang lain dan cara terakhir ialah emosi selepas bercambur deangan yang lain. Sebagai contohnya ketika kita mendapat maklumat, kita perlu memikirkan apa reaksi kita tentang maklumat tersebut, apa perasaan ketika menerima maklumat itu dan adakah perasaan lain mempengaruhi diri sendiri.
Topi kuning ialah topi matahari, dalam erti kata lain ialah topi yang positif. Ciri-ciri topi kuning ialah memberi dan mengumpul maklumat-maklumat yang positif berdasarkan sesuatu perspektif. Selain itu, ciri yang kedua pula ialah membuat andaian yang positif. Sebagai contoh, diberikan satu situasi di mana Ahmad merupakan seorang pemandu teksi dan bergaji rendah. Bergaji rendah merupakan pandangan yang negatif dan di sebalik negatif  terdapat yang positif; iaitu Ahmad mempunyai rupa yang kacak. Rupa yang kacak merupakan maklumat hasil diperoleh apabila menggunakan topi kuning.
Topi hitam ialah topi negatif yang menyenaraikan keburukan dan kelemahan sesuatu masalah. Topi ini digunakan untuk menggambarkan kenapa sesuatu cadangan tidak ada fakta, pengalaman dan kesesuai. Kesilapan dalam membuat keputusan boleh merosakkan segalanya. Selain itu, topi ini sangat berguna dan selalu digunakan pada awal perbincangan.
Topi hijau adalah topi idea baru dan ciri- ciri yang terdapat dalam topi hijau ini adalah untuk mewujudkan altenatif atau peluang-peluang lain dalam menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, penyelesaian akan dapat dilihat dengan lebih jelas dimana kita akan dapat memilih apa yang terbaik dalam sesuatu situasi. Contoh situasi bagi topi hijau ini adalah memilih minor. pengunaan topi ini akan mewujudkan pelbagai altenatif dan ianya akan diolah seperti menyenaraikan subjek-subjek minor yang lain selain yang dipilih untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Selain daripada itu. kebaikan dan keburukan turut akan diperoleh, kebaikannya adalah kita akan dapat menyelesaikan dengan lebih cepat namun keburuannya pula adalah kita mungkin akan keliru dan kadang-kadang terpaksa menerima pilihan tersebut.
Topi biru dikenali juga sebagai topi langit yang mana kedudukannya yang berada diatas sekali yang berperanan untuk mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi biru adalah topi yang paling dominan  berbanding daripada  topi-topi lain. Topi biru mewakili kawalan  proses berfikir secara keseluruhannya ataupun ia berfungsi untuk mengawal  fungsi topi berfikir yang lain. Dengan kata mudah, topi biru adalah topi yang bertindak sebagai pembuat keputusan dalam sesuatu permasalahan. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan.
Selain itu, ia juga boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan serta menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan. Seterusnya, merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut bagi menyelesaikan permasalan yang timbul. Seseorang yang memakai topi biru bebas untuk bersuara semasa sesi perbincangan yang sedang berlangsung. Hal ini bertujuan untuk memastikan perbincangan yang berlangsung tidak berlaku sebarang kesilapan dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan.
Contohnya, seorang mahasiswa menghadapi masalah dalam menentukan pilihannya untuk membeli sebuah kereta adalah suatu kehendak ataupun keperluan. Sebelum topi biru memainkan peranannya, topi-topi lain terlebih dahulu diberi keutamaan dalam menentukan kebaikan dan keburukan serta kemungkinan-kemungkinan yang akan timbul sekiranya kereta menjadi sesuatu perkara yang sangat diperlukan. Setelah mempertimbangkan alternatif-alternatif yang dikemukakan seperti membeli motor, perkongsian kereta rakan (car pool) , menaiki bas, BR1K (Bantuan Rakyat 1Kereta) ,berbasikal atau alternatif yang difikirkan bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tersebut, topi biru pula akan memainkan peranan bagi membuat keputusan dalam menentukan alternatif yang difikirkan paling relevan kepada permasalahan tersebut. Sebagai contoh penyelesaiannya, menaiki bas adalah yang paling sesuai kerana lebih menjamin keselamatan serta tidak membebankan mahasiswa tersebut untuk berfikir cara mendapatkan sumber kewangan sekiranya duit yang diperlukan tidak mencukupi.
Oleh itu, sebelum sesuatu keputusan dibuat, kita hendaklah mempertimbangkan kebaikan dan keburukan serta menyenaraikan alternatif atau cara mengatasi permasalahan tersebut dengan sistematik dan releven. Berdasarkan aplikasi ‘6 Thinking Hats’ ,topi biru adalah topi yang mengawasi kesemua topi-topi yang ada iaitu merah, hijau, kuning, hitam dan putih dalam penyelesaian masalah.

Pintar cerdas, berbakat dan kreatif


MINGGU 2

Isnin 25/02/2013

Assalamualaikum w.b.t…
Salam sayang dan salam 1 blog warga pintar cerdas…

Untuk perkongsian warga pintar cerdas, pada minggu ini kami telah diminta untuk  mengimbas kembali mengenai apa itu ‘Pintar Cerdas Berbakat dan Kreatif’ ,ciri-ciri, teori -teori dan model yang digunakan (seperti Teori Overexcitibility, Teori Gagne , Teori Renzulli dan  Model Howard Gardner), perbezaan antara pelajar ‘gifted’ dengan ‘bright’ dan seterusnya strategi yang dilakukan untuk menangani kanak-kanak pintar cerdas.

'MULTIPLE INTELLIGENT' dan RPI


Kami di minta untuk mengulaskan tentang pemahaman tentang 'multiple intelligence' atau dikenali sebagai kecerdasan pelbagai.

KECERDASAN PELBAGAI.
Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. kesembilan kecerdasan yang rendah dalam jenis kecerdasan yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai.

Permulaan hari KBC3043


MINGGU 1
Isnin,18 Februari 2013

Assalammualaikum w.b.t, salam sayang dan salam sejahtera..hari ini merupakan hari pertama kuliah bagi subjek Keupayaan Kognitif Dan Kepelbagai Kecerdasan (KBC 3042). Setelah hampir sebulan bercuti,kami mula bersua. Masing-masing masih dengan gelagat yang sama. Bertanya khabar dan saling berkongsi cerita. Kami juga menerima ahli-ahli baru dalam keluarga kecil pintar cerdas ini,mereka ini terdiri daripada pelajar Psikologi yang mengambil subjek KBC 3042 sebagai subjek elektif. Kebetulan pensyarah yang akan mengajar kami datang lambat,beliau telah meminta kami membentuk beberapa kumpulan untuk membincangkan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Kami menubuhkan kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu saya Aina,Farhana,Nik dan Nazurah. Kami membincangkan mengenai teori kecerdasan pelbagai. Masing-masing berkongsi kefahaman mengenai topic ini,hasil daripada perkongsian pendapat ini,saya dapati terdapat sifat saling bantu-membantu dalam kalangan ahli kumpulan. Terdapat 8+1 kecerdasan yang telah diperkenalkan oleh Gadner iaitu Verbal-Linguistik, Logik Math, Ruang/spatial, Muzik, kinestatik, interpersonal, Intrapersonal, Naturalist dan Existential. Kami juga diminta untuk membincangkan mengenai Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid yang mempunyai masalah ini. Kami juga diperkenalkan dengan pensyarah baru kami,Puan Faezaratul Faziela, kecil molek orangnya.

Tuesday, 26 March 2013

Teknik Berfikir



K.J METHOD,  JIRO KAWAKITA.

K.J Method telah diperkenalkan oleh Jiro Kawakita, yang merupakan orang Jepun. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang berkualiti untuk pengurusan yang lebih teratur dan sistematik. Kami duduk dalam kumpulan, sebanyak 4 kumpulan telah dibentuk. Kemudian, kami diberi stickynote, seorang mendapat 6 helai stickynote. Masalah yang telah diberikan ialah kesuntukan masa untuk menyiapkan assignment. Kami menerima arahan untuk menulis 6 cara (secara individu) bagi mengatasi masalah ini. Masa yang telah diberikan ialah selama 10 minit. Kami bebas untuk memberi idea, dan mengikut kreativiti kami supaya masalah itu dapat diatasi dan diselesaikan. Setelah itu, kami perlu mengumpulkan semua stickynote mengikut kumpulan. Tiga peringkat atau tahap telah dicadangkan  untuk kami mengkategorikan cara mengatasi mengikut persamaan. Tiga peringkat tersebut ialah step1, step 2 dan step 3/ senang, mudah dan sukar/ tidak penting, sederhana penting dan penting. Kumpulan kami memilih step 1,2 dan 3. Kami membahagikan stickynote mengikut persamaan kepada tiga step iaitu step1,2 dan 3.

    ^^ Annur, Tasya, Kak Marziah, Nisa, Ezma

Imaginasi

IMAGINASI

Dalam kelas kali ini, kami bermain dengan imaginasi dan bagaimana untuk berfikir di luar kotak. Kami diberi sehelai kertas yang mempunyai 6 bulatan yang tidak sempurna. Arahannya mudah sahaja, lukis apa sahaja yang terlintas di fikiran anda mengikut kebebasan dan kreativiti. Bahan-bahan yang digunakan ialah warna pensil, crayon dan pen magik. Ada di antara kami yang menceritakan rancangan kehidupannya melalui rantaian dan ada juga yang melukis gula-gula lollipop. Setelah selesai melukis, kami perlu memberi sebuah tajuk bagi karya yang telah dihasilkan. Berlainan lukisan menunjukkan presepsi emosi yang berbeza dalam diri individu. Mungkin orang yang melukis gula-gula lollipop teringin untuk membeli satu. Selain itu, kami juga berpeluang bermain congkak. Bukan bermain bersungguh-sungguh, tetapi hanya sekadar menggerakkan batu congkak untuk melihat pergerakannya. Kami mempelajari sesuatu, di mana dalam kehidupan tidak semua akan menang dan tidak semua akan kalah. Putaran hidup mengajar kita untuk memberi atau membantu orang lain, kerana membantu orang lain juga dapat membantu diri kita sendiri.

                                                                                 


   ^^ Annur, Tasya, Kak Marziah, Nisa, Ezma