Layout

Wednesday, 27 March 2013

“ Perangkap pintar, Kreativiti dan EQ ”


MINGGU 4
Isnin, 11.3.2013

Perkongsian bersama memberi lebih banyak ilmu pengetahuan kepada pembaca. Seperti biasa, setiap kali masuk ke dalam kelas ‘ keupayaan kognitif dan kepelbagaian kognitif ’ kami akan teruja dengan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan aktiviti dijalankan, kami memberi nama syarikat kami sebagai Genting Highland Sdn Bhd. Mesti ramai pelik dengan nama syarikat kami? Ini kerana ada seorang daripada ahli kumpulan kami pergi bercuti senyap-senyap tidak ajak kami, itu yang kami geramkan. Kami diberikan satu tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah satu syarikat tin termaju yang menggunakan segala peralatan serta mesin yang tercanggih namun mempunyai masalah tin rosak.


Pelbagai cara kami bincangkan, ada yang logik dan ada yang mengarut, namun jika kita kreatif apa-apa cara pun boleh dilakukan seperti peribahasa ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’. Kami dikehendaki mengukuhkan bukti cara yang paling berkesan. Jelas dapat disimpulkan, setiap individu berlainan gaya pemikirannya, ada yang sangat menarik dan ada yang mengundang ketawa. Kesimpulannya, kami belajar cara yang menarik dalam mengukuhkan hujah dan bukti syarikat masing-masing.

Sabtu, 16.3.2013
Kelas kami pada hari ini dilakukan di Taman Arca, kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Pemandangan yang sangat tenang telah meransang pemikiran dan emosi kami walaupun kami kepenatan dengan kelas yang penuh sepanjang hari. Aktiviti pertama kami diberi 1 kertas bersaiz A4 yang mempunyai corak bulat besar yang dalam 6 bulatan. Dengan menggunakan daya imaginasi masing-masing kami dikehendaki melukis apa-apa sahaja. Kami leka melukis apa sahaja walaupun kami seperti tidak mempunyai idea dan menjadi kelemahan kami jika hendak melukis, biasalah bukan budak seni. Masa 1 jam seperti 10 minit. Setiap orang dikehendaki menerangkan tema masing-masing.
Pelbagai karya telah terhasil, dalam tidak minat melukis, kami telah berjaya hasilkan karya seni, sungguh menanjubkan. Setelah itu, kami perlu memberi markah secara jujur kepada rakan-rakan yang lain dan menilai sendiri jumlah markah yang diberikan. Berdasarkan aktiviti ini, jelaslah dapat disimpulkan bahawa persepsi kita dengan orang lain sangat berbeza. Puan Faziela telah menerangkan bahawa hasil karya yang kami buat melambangkan tahap imaginasi sama ada kreatif atau tidak, dan pandangan kita dengan orang lain memang tidak akan sama, oleh itu, kita perlu menerima baik buruk untuk membuat pembaikan.
Aktiviti kedua, dengan permainan enjet-enjet semut. Sudah lama kami tidak bermain seperti itu. Kami dikehendaki melakukan permainan tersebut secara bersungguh-sungguh dan seberapa lama yang boleh. Maka ramailah yang nakal mencubit dengan kuat. Di akhir aktiviti ini, nilai yang dapat dalam aktiviti ini ialah perasaan empati seseorang dalam bertindak tidak kira dalam apa jua keadaan.
Aktiviti seterusnya ialah congkak. Kami perlu memerhati dan menganalisis apakah nilai yang cuba disampaikan sepanjang bermain congkak. Dengan adanya 7 biji guli dalam setiap lubang, kami menjelaskan bahawa guli itu sebagai rezeki dan setiap kali pergerakan kami seperti kami berkongsi rezeki yang kami perolehi dengan orang lain tanpa ada perasaan dengki atau jahat langsung. Di sini dapat disimpulkan setiap rezeki, ilmu dan apa sahaja yang kita ada, jika kita ikhlas berkongsi dengan orang lain, kita akan mendapat rezeki yang lain dengan lebih banyak lagi.
Berdasarkan ketiga-tiga aktiviti ini, pensyarah kami cuba menerapkan pemahaman tentang tahap kreativiti, IQ dan EQ masing-masing. Adakah kita di katakan genius hanya berdasarkan tahap IQ yang tinggi sahaja, tanpa kreativiti kita tidak dapat mengatur segala aktiviti dan kehidupan kita sebagai seorang pelajar dan bagaimana cara kita meningkatkan daya kreativiti dan melibatkan EQ dalam setiap tindakan.
FARHANA, ZURA,NIK,AINA(2013)

No comments:

Post a Comment