Isnin, 18 Mac
2013
Assalammualaikum
dan salam satu sayang kepada semua warga
Pintar Cerdas sekalian.
Pada
hari ini kami mempelajari Teknik KJ (kawakita Jiro). Apa itu KJ teknik??? KJ
teknik adalah penulisan idea di atas helaian-helaian kecil. Apa sahaja yang
terlintas di fikiran ,terus ditulis diatas kertas-kertas kecil. Kemudian
idea-idea ini dibahagikan didalam kumpulan yang saman. Menarik kan??Untuk
memahami dengan lebih lanjut mengenai Teknik ini. Puan Faezila telah membuat
satu aktiviti iaitu “sticky note”. Aktiviti ini dijalankan didalam kumpulan
kecil,setiap kumpulan diberi satu pad sticky note yang mempunyai warna yang
berbeza untuk setiap kumpulan. Sticky note yang diberi perlulah dibahagikan
sama banyak antara ahli kumpulan.
Berbalik kepada aktiviti
tadi,kami diminta nenulis cara penyelesaian bagi masalah yang telah diajukan.
Terdapat tiga jenis masalah yang telah diutarakan oleh rakan-rakan,iaitu
pertama “orang lain yang buat masalah,tetapi kita yang kena”,kedua “kesuntukkan
masa membuat assignment” dan ketiga “masalah bangun lambat untuk ke kuliah”.
Kami sepakat untuk memilih masalah “kesuntukkan masa untuk membuat assignment”.
Pelbagai jalan penyelesaian yang menarik yang telah ditulis oleh para pelajar,ada yang boleh diterima oleh logik akal dan ada juga yang masih tergapai-gapai di dalam dunia khayalan. Setiap kumpulan diminta untuk menampal sticky note di dinding dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu mudah,sederhana dan paling susah.
Pelbagai jalan penyelesaian yang menarik yang telah ditulis oleh para pelajar,ada yang boleh diterima oleh logik akal dan ada juga yang masih tergapai-gapai di dalam dunia khayalan. Setiap kumpulan diminta untuk menampal sticky note di dinding dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu mudah,sederhana dan paling susah.
kegembiraan terserlah diwajah masing-masing |
Akhir kata,aktiviti pada kali
ini amat menyeronokkan dan memberi input yang berguna kepada kami. Teknik yang
kami pelajari akan kami gunakan untuk diaplikasi di dalam mencari jalan
penyelesaian untuk sesuatu masalah.
Selasa 19 Mac 2013.
Kelas pada hari ini dibatalkan
kerana puan Faezila memperuntukkan masa kelas hari ini untuk menonton tiga
filem,bagi tujuan memperkukuhkan lagi pengetahuan kami mengenai Pintar Cerdas, kreativiti dan EQ.
Tiga filem tersebut adalah “3 Idiots”, “Searching For Bobby Fischer” Dan
“Temple Grandin”. Selamat menonton dan menganalisis setiap filem itu.
AINA,FARHANA,ZURA,NIK (2013)
No comments:
Post a Comment