MINGGU 3
Isnin
(4/3/2013)
assalamualaikum wbt.
salam sayang warga blog pintar cerdas…
Untuk perkongsian semua, minggu ini kami pelajar sem 4 telah
mengadakan satu aktiviti yang menarik iaitu ‘gegar mentor’. Tentu adik-adik
tertanya-tanya apa yang telah kami lakukan pada pagi ini?. Kami telah diberikan
satu permasalahan cara untuk mengatasi escalator yang sesak. Maka timbullah
bermacam-macam idea yang pelik timbul (kan namanya pelajar pintar
cerdas,hehheheeh).
Selain itu,kami belajar tentang ‘halangan: kesan Kinabalu’.
Pembelajaran ini menerangkan tentang gaya pembelajaran murid samada gaya
reaktif atau sebaliknya , kesan, dan langkah untuk kurangkan kesan Kinabalu.
Kesimpulannya, kami sangat gembira mengikuti pembelajaran
pada hari ini kerana daya imaginasi kami sekali lagi dibangkitkan serta
dibangunkan dari mimpi. Walaupun sesuatu idea yang dilontarkan dilihat seperti
tidak masuk akal, namun ianya tidak mustahil dilakukan. Oleh itu, imaginasi
bukan khayalan semata-mata, cubalah menerokainya kerana ianya amat menarik dan
seronok.
Selasa
(5/3/2013)
Kelas pada hari ini dibatalkan kerana memberi peluang kepada
kita semua mengikuti ‘program derma darah’ anjuran Persatuan Pendidikan Khas.
No comments:
Post a Comment