6
thinking hats.
‘6
thinking hats’ ialah gaya pemikiran yang digunakan dalam pelbagai situasi yang
terdiri daripada topi putih, topi merah, topi kuning, topi hitam, topi hijau
dan topi biru.
Topi
putih atau topi fakta membantu mencari maklumat dan data yang mempunyai rekod.
Segala maklumat yang diketahui dan diperlukan adalah bersifat neutral dan
objektif. “Apa yang saya tahu?”, “Apa yang saya perlukan untuk mengetahui?” dan
“Bagaimana saya akan mendapatkan maklumat yang saya perlukan?” adalah antara
soalan yang perlu diutarakan apabila menggunakan topi putih. Topi pemikiran ini
mampu memberi tumpuan kepada data yang ada. Lihat maklumat yang ada dan apa
yang boleh dipelajari daripadanya. Cari jurang dalam pengetahuan, sama ada
mencuba untuk mengisi maklumat-maklumat tersebut atau mengambil kira setiap
maklumat yang diketahui. Topi ini adalah di mana kita menganalisis trend lalu
dan cuba untuk mengeksploitasi daripada data sejarah.
Antara contoh situasi yang boleh digunakan ialah pengarah sebuah syarikat hartanah melihat sama ada mereka perlu membina sebuah bangunan pejabat baru atau tidak. Tahap ekonomi berada dalam keadaan yang baik dan terdapat pengurangan jumlah ruang kosong pejabat secara mendadak. Mereka kemudian menggunakan teknik 6 Topi Berfikir semasa bermesyuarat. Dengan menggunakan Topi Putih, mereka menganalisis data yang mereka miliki. Maklumat tersebut perlulah berdifat neutral dan objektif. Mereka memeriksa trend dalam ruang pejabat yang kosong yang menunjukkan pengurangan yang mendadak. Unjuran kerajaan semasa menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil untuk sekurang-kurangnya tempoh pembinaan bangunan pejabat tersebut.
Antara contoh situasi yang boleh digunakan ialah pengarah sebuah syarikat hartanah melihat sama ada mereka perlu membina sebuah bangunan pejabat baru atau tidak. Tahap ekonomi berada dalam keadaan yang baik dan terdapat pengurangan jumlah ruang kosong pejabat secara mendadak. Mereka kemudian menggunakan teknik 6 Topi Berfikir semasa bermesyuarat. Dengan menggunakan Topi Putih, mereka menganalisis data yang mereka miliki. Maklumat tersebut perlulah berdifat neutral dan objektif. Mereka memeriksa trend dalam ruang pejabat yang kosong yang menunjukkan pengurangan yang mendadak. Unjuran kerajaan semasa menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil untuk sekurang-kurangnya tempoh pembinaan bangunan pejabat tersebut.
Topi
merah pula adalah topi perasaan dan gerak hati. Kebiasaannya, perasaan dan
gerak hati selalu tercetus dalam maklum balas perbincangan yang di sertai
dengan pemikiran logik. Namun perasaan member pengaruh yang lebih kuat daripada
pemikiran logik. Topi ini membenarkan kita meluahkan perasaan dan gerak hati
masing-masing tanpa perlukan bukti, penerangan atau minta maaf tanpa perlu
berpura-pura untuk menyelesaikan sesuatu. Emosi terhasil dengan 3 cara, cara
yang pertama melalui latarbelakang emosi iaitu takut, marah, cinta. Cara kedua
ialah persepsi awal seperti dihina oleh orang lain dan cara terakhir ialah
emosi selepas bercambur deangan yang lain. Sebagai contohnya ketika kita
mendapat maklumat, kita perlu memikirkan apa reaksi kita tentang maklumat
tersebut, apa perasaan ketika menerima maklumat itu dan adakah perasaan lain
mempengaruhi diri sendiri.
Topi
kuning ialah topi matahari, dalam erti kata lain ialah topi yang positif.
Ciri-ciri topi kuning ialah memberi dan mengumpul maklumat-maklumat yang
positif berdasarkan sesuatu perspektif. Selain itu, ciri yang kedua pula ialah
membuat andaian yang positif. Sebagai contoh, diberikan satu situasi di mana
Ahmad merupakan seorang pemandu teksi dan bergaji rendah. Bergaji rendah
merupakan pandangan yang negatif dan di sebalik negatif terdapat yang positif; iaitu Ahmad mempunyai
rupa yang kacak. Rupa yang kacak merupakan maklumat hasil diperoleh apabila
menggunakan topi kuning.
Topi
hitam ialah topi negatif yang menyenaraikan keburukan dan kelemahan sesuatu
masalah. Topi ini digunakan untuk menggambarkan kenapa sesuatu cadangan tidak
ada fakta, pengalaman dan kesesuai. Kesilapan dalam membuat keputusan boleh
merosakkan segalanya. Selain itu, topi ini sangat berguna dan selalu digunakan
pada awal perbincangan.
Topi
hijau adalah topi idea baru dan ciri- ciri yang terdapat dalam topi hijau ini
adalah untuk mewujudkan altenatif atau peluang-peluang lain dalam menyelesaikan
masalah. Oleh yang demikian, penyelesaian akan dapat dilihat dengan lebih jelas
dimana kita akan dapat memilih apa yang terbaik dalam sesuatu situasi. Contoh
situasi bagi topi hijau ini adalah memilih minor. pengunaan topi ini akan
mewujudkan pelbagai altenatif dan ianya akan diolah seperti menyenaraikan
subjek-subjek minor yang lain selain yang dipilih untuk mendapatkan pilihan
yang terbaik. Selain daripada itu. kebaikan dan keburukan turut akan diperoleh,
kebaikannya adalah kita akan dapat menyelesaikan dengan lebih cepat namun
keburuannya pula adalah kita mungkin akan keliru dan kadang-kadang terpaksa
menerima pilihan tersebut.
Topi
biru dikenali juga sebagai topi langit yang mana kedudukannya yang berada
diatas sekali yang berperanan untuk mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi biru
adalah topi yang paling dominan
berbanding daripada topi-topi
lain. Topi biru mewakili kawalan proses
berfikir secara keseluruhannya ataupun ia berfungsi untuk mengawal fungsi topi berfikir yang lain. Dengan kata
mudah, topi biru adalah topi yang bertindak sebagai pembuat keputusan dalam
sesuatu permasalahan. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau
ketua perbincangan.
Selain
itu, ia juga boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara
yang akan dibincangkan serta menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan.
Seterusnya, merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan
tersebut bagi menyelesaikan permasalan yang timbul. Seseorang yang memakai topi
biru bebas untuk bersuara semasa sesi perbincangan yang sedang berlangsung. Hal
ini bertujuan untuk memastikan perbincangan yang berlangsung tidak berlaku
sebarang kesilapan dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan.
Contohnya,
seorang mahasiswa menghadapi masalah dalam menentukan pilihannya untuk membeli
sebuah kereta adalah suatu kehendak ataupun keperluan. Sebelum topi biru
memainkan peranannya, topi-topi lain terlebih dahulu diberi keutamaan dalam
menentukan kebaikan dan keburukan serta kemungkinan-kemungkinan yang akan
timbul sekiranya kereta menjadi sesuatu perkara yang sangat diperlukan. Setelah
mempertimbangkan alternatif-alternatif yang dikemukakan seperti membeli motor,
perkongsian kereta rakan (car pool) ,
menaiki bas, BR1K (Bantuan Rakyat 1Kereta) ,berbasikal atau alternatif yang
difikirkan bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa
tersebut, topi biru pula akan memainkan peranan bagi membuat keputusan dalam
menentukan alternatif yang difikirkan paling relevan kepada permasalahan
tersebut. Sebagai contoh penyelesaiannya, menaiki bas adalah yang paling sesuai
kerana lebih menjamin keselamatan serta tidak membebankan mahasiswa tersebut
untuk berfikir cara mendapatkan sumber kewangan sekiranya duit yang diperlukan
tidak mencukupi.
Oleh
itu, sebelum sesuatu keputusan dibuat, kita hendaklah mempertimbangkan kebaikan
dan keburukan serta menyenaraikan alternatif atau cara mengatasi permasalahan
tersebut dengan sistematik dan releven. Berdasarkan aplikasi ‘6 Thinking Hats’ ,topi biru adalah topi
yang mengawasi kesemua topi-topi yang ada iaitu merah, hijau, kuning, hitam dan
putih dalam penyelesaian masalah.
No comments:
Post a Comment