Layout

Wednesday, 27 March 2013

Pintar cerdas, berbakat dan kreatif


MINGGU 2

Isnin 25/02/2013

Assalamualaikum w.b.t…
Salam sayang dan salam 1 blog warga pintar cerdas…

Untuk perkongsian warga pintar cerdas, pada minggu ini kami telah diminta untuk  mengimbas kembali mengenai apa itu ‘Pintar Cerdas Berbakat dan Kreatif’ ,ciri-ciri, teori -teori dan model yang digunakan (seperti Teori Overexcitibility, Teori Gagne , Teori Renzulli dan  Model Howard Gardner), perbezaan antara pelajar ‘gifted’ dengan ‘bright’ dan seterusnya strategi yang dilakukan untuk menangani kanak-kanak pintar cerdas.



Selain itu juga, kami telah diminta untuk melakukan suatu aktiviti bagi mengingati balik apa yang telah dipelajari pada minggu sebelumnya yang dikenali sebagai ‘Buddy System’ dalam topik  baru iaitu ‘Kreativiti 1: Pengurusan Keupayaan Kognitif’. Seterusnya, membincangkan mengenai “Teknik Belajar vs Teknik Berfikir” dan yang manakah lebih penting antara kedua-dua teknik tersebut. (apa kata adik-adik????) Sebelum sesi pembelajaran berakhir, kami telah melakukan satu aktiviti yang berbentuk soalan seperti ini ;bagaimana seseorang dapat menguasai kenderaan dan apakah langkah-langkah yang dilakukan.
Akhir kata, pembelajaran pada minggu ini sangat menyeronokkan kerana secara tidak langsung kami dapat mengingati kembali apa yang telah dipelajari sebelumnya serta perkongsian buah fikiran yang berbeza dan kreatif berlaku. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang kreatif, tidak semestinya perlu menjadi orang seni tetapi ia lahir daripada daya imaginasi seseorang yang berfikiran luar kotak (out of box thinking) dalam melakukan sesuatu perkara baru.


Sekian, terima kasih.

ZURA,NIK, FARHANA, DAN AINA (2013)

No comments:

Post a Comment