Layout

Wednesday, 27 March 2013

Permulaan hari KBC3043


MINGGU 1
Isnin,18 Februari 2013

Assalammualaikum w.b.t, salam sayang dan salam sejahtera..hari ini merupakan hari pertama kuliah bagi subjek Keupayaan Kognitif Dan Kepelbagai Kecerdasan (KBC 3042). Setelah hampir sebulan bercuti,kami mula bersua. Masing-masing masih dengan gelagat yang sama. Bertanya khabar dan saling berkongsi cerita. Kami juga menerima ahli-ahli baru dalam keluarga kecil pintar cerdas ini,mereka ini terdiri daripada pelajar Psikologi yang mengambil subjek KBC 3042 sebagai subjek elektif. Kebetulan pensyarah yang akan mengajar kami datang lambat,beliau telah meminta kami membentuk beberapa kumpulan untuk membincangkan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Kami menubuhkan kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu saya Aina,Farhana,Nik dan Nazurah. Kami membincangkan mengenai teori kecerdasan pelbagai. Masing-masing berkongsi kefahaman mengenai topic ini,hasil daripada perkongsian pendapat ini,saya dapati terdapat sifat saling bantu-membantu dalam kalangan ahli kumpulan. Terdapat 8+1 kecerdasan yang telah diperkenalkan oleh Gadner iaitu Verbal-Linguistik, Logik Math, Ruang/spatial, Muzik, kinestatik, interpersonal, Intrapersonal, Naturalist dan Existential. Kami juga diminta untuk membincangkan mengenai Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid yang mempunyai masalah ini. Kami juga diperkenalkan dengan pensyarah baru kami,Puan Faezaratul Faziela, kecil molek orangnya.


Akhir kata,kami gembira dengan pembelajaran pada hari ini,kerana ianya berlainan daripada sesi pembelajaran yang sering kami ikuti. Perbincangan secara kumpulan amat efektif kerana dari situ kami dapat mengetahui apa kekuatan dan kelemahan kami,dan ianya boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Oleh kerana perbincangan ini dibuat secara kumpulan, kami tidak terasa tertekan malahan gembira.Di samping itu, kami mendapat banyak input daripada pelbagai pendapat yang di lontarkan oleh rakan-rakan.


Selasa,19 February 2013.

    Hari ini merupakan kuliah kedua dalam minggu pertama. Dalam kuliah pertama,kami diminta untuk berbincang mengenai Teori Kecerdasan pelbagai tetapi pada kuliah kedua ini kami diminta menghadiri seminar mengenai 6 Thinking Hats yang diasaskan oleh Edward de Bono. Seminar ini akan disampaikan oleh En.Zamri Mohamad iaitu salah seorang penulis di PTS. 6 Thinking Hats merupakan satu cara untuk menjana maklumat daripada sesuatu keadaan mengikut logik akal. Kaedah berfikir ini bertujuan untuk melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan,menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. Di dalam teori ini terdapat enam jenis warna topi yang mewakili pemikiran-pemikiran tertentu.
           
Topi putih melambangkan pemikiran neutral. Mereka yang memakai topi ini akan berusaha untuk mengumpulkan maklumat yang sebanyak mungkin dalam sesuatu situasi. Topi merah pula melambangkan emosi. Mereka yang memakai topi ini cenderung membuat keputusan secara terburu-buru mengikut perasaan. Topi hitam pula melambangkan pemikiran negative. Si pemakai topi ini akan mengambil kira pada hal yang negative atau buruk sebelum membuat keputusan. Topi kuning pula melambangkan pemikiran yang positif. Si pemakai topi ini akan menyenaraikan aspek-aspek positif sebelum membuat sesuatu keputusan. Topi hijau pula melambangkan pemikiran negative. Si pemakai topi hijau ini akan akan cuba untuk mendapatkan idea atau pemikiran baru mengenai hal yang di bincangkan. Topi yang terakhir pula adalah,topi bitu iaitu topi keputusan. Topi biru merupakan topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan.
            Secara keseluruhannya,seminar yang dijalankan pada hari ini memberikan input yang berguna kepada kami. Melalui teknik 6  Thinking Hats ini akan digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran kepada murid-murid Pintar Cerdas dalam merangsang keupayaan kognitif mereka. Di samping itu, aktiviti yang di jalankan juga amat menyeronokkan kerana melibatka semua ahli kumpulan untuk menyumbang idea. 
Perbincangan dilakukan dengan berpandukan 6 thinking hats membuat  permasalahan dapat diselesaikan dengan tersusun.

AINA,FARHANA,ZURA,NIK (2013)

No comments:

Post a Comment