Layout

Thursday, 2 May 2013



PERANGKAP PINTAR
 tarikh 11/3/2013,

    aktiviti yang dilakukan oleh puan adalah perbincangan mengenai satu situasi yang berkaitan dengan perangkap pintar. situasi perbincangan pula adalah dalam kumpulan dimana kami mengbahagikan kepada tiga kumpulan.kes yang terlibat dalam perbincangan ini ialah sebuah syarikat tin yang sedang  mengalami masalah dimana tin yang dihasilkan tidak dapat dimasukkan kedalam kotak dan menyebabkan tin tersebut jatuh ke lantai dan kemek. masalah ini menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat tersebut. kami diberi tugasan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Setelah pembentangan dilakukan, Puan menerangkan hubungkait diantara situasi yang perlu kami selesaikan dengan tajuk pembelajaran kami iaitu perangkap pintar.
KEPUTUSAN
           keputusan yang pertama adalah tidak bersedia untuk salah. melalui daripada situasi tersebut, satu keadaan kanak-kanak pintar ini adalah tidak bersedia untuk salah. perkara ini juga asering berlaku kepada diri kita sendiri sebenarnya, semestinya kita akan cuba mempertahankan pendapat kita sendiri dan tidak mahu mengaku kalah pada orang lain. situasi ini wujud dalam perbincangan yang telah kami lakukan dimana setiap kumpulan akan mempertahankan cara mengatasi tin tersebut daripada jatuh dan kemek.
        keputusan yang kedua pula adalah pelajar akan cuba mengaambil satu sudut dan pertahankannya. perkara ini adalah apabila kita berada dalam situasi dimana kita ingin orang lain menerima pendapat kita. kita akan cuba sedaya-upaya untuk mengekalkan persepsi pemikiran kita bahawa apa yang kita lakukan itu adalah betul dan orang disekeliling kita harus mempercayai apa yang kita ingin sampaikan. oleh itu, kita akan mempertahankannaya
          Yang terakhir adalah cadangan yang bertentangan. perkara ini berlaku kita menerima atau mendengar cadangan daripada pihak yang lain. cadangan yang diberikan semestinya bertentanagn dengan pendapat yang telah kita kemukakan. oleh itu,kita akan sukar untuk menerimanya. daripada sitiasi tersebut, kita akan cuba mencari jalan lain agar pendapat kita lebih diutamakan tanpa kita mempertimbangkan pendapat daripada rakan kita yang lain.akibat daripada perangkap pintar ini. kita akan menjadi seorang yang suka mengkritik iaitu tidak dapat menerima pendapat orang lain dan akan mencari kesalahan daripada idea orang lain,tidak minat berfikir spekulatif, tidak sanggup manghadapi risiko salah



NATASYA,ANNUR,MAZIAH,NISA,EZMA (2013) 

No comments:

Post a Comment