PERANGKAP
PINTAR
tarikh 11/3/2013,
aktiviti
yang dilakukan oleh puan adalah perbincangan mengenai satu situasi yang
berkaitan dengan perangkap pintar. situasi perbincangan pula adalah dalam
kumpulan dimana kami mengbahagikan kepada tiga kumpulan.kes yang terlibat dalam
perbincangan ini ialah sebuah syarikat tin yang sedang mengalami masalah dimana tin yang dihasilkan
tidak dapat dimasukkan kedalam kotak dan menyebabkan tin tersebut jatuh ke
lantai dan kemek. masalah ini menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat
tersebut. kami diberi tugasan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah
tersebut. Setelah pembentangan dilakukan, Puan menerangkan hubungkait
diantara situasi yang perlu kami selesaikan dengan tajuk pembelajaran kami
iaitu perangkap pintar.
KEPUTUSAN
keputusan yang pertama adalah tidak
bersedia untuk salah. melalui
daripada situasi tersebut, satu keadaan kanak-kanak pintar ini adalah tidak
bersedia untuk salah. perkara ini juga asering berlaku kepada diri kita sendiri
sebenarnya, semestinya kita akan cuba mempertahankan pendapat kita sendiri dan
tidak mahu mengaku kalah pada orang lain. situasi ini wujud dalam perbincangan
yang telah kami lakukan dimana setiap kumpulan akan mempertahankan cara
mengatasi tin tersebut daripada jatuh dan kemek.
keputusan yang
kedua pula adalah pelajar akan cuba mengaambil satu sudut dan pertahankannya.
perkara ini adalah apabila kita berada dalam situasi dimana kita ingin orang
lain menerima pendapat kita. kita akan cuba sedaya-upaya untuk mengekalkan
persepsi pemikiran kita bahawa apa yang kita lakukan itu adalah betul dan orang
disekeliling kita harus mempercayai apa yang kita ingin sampaikan. oleh itu,
kita akan mempertahankannaya
Yang terakhir adalah cadangan yang
bertentangan. perkara
ini berlaku kita menerima atau mendengar cadangan daripada pihak yang lain.
cadangan yang diberikan semestinya bertentanagn dengan pendapat yang telah kita
kemukakan. oleh itu,kita akan sukar untuk menerimanya. daripada sitiasi
tersebut, kita akan cuba mencari jalan lain agar pendapat kita lebih diutamakan
tanpa kita mempertimbangkan pendapat daripada rakan kita yang lain.akibat
daripada perangkap pintar ini. kita akan menjadi seorang yang suka mengkritik
iaitu tidak dapat menerima pendapat orang lain dan akan mencari kesalahan
daripada idea orang lain,tidak minat berfikir spekulatif, tidak sanggup
manghadapi risiko salah
NATASYA,ANNUR,MAZIAH,NISA,EZMA (2013)
No comments:
Post a Comment