Minggu 7
Isnin (1/4/2013)
Salam sayang semua. Ha, kita berjumpa lagi dalam blog yang lip
lap-lip lap ni. Heheheehe, jom dengar cerita menarik yang kami semua
budak-budak pc buat hari.
Hari ini kami
masih lagi memakai topi detektif, kalah detektif conan tau. kami perlu
menyiasat suatu kes yang masih misteri,seram bunyinya. Kami perlu mencari
sebanyak mungkin persoalan yang menjadi tanda tanya tentang IQ test.
Selepas pening
kepala bak nak pecah , akhirnya kami berjaya mengeluarkan soalan-soalan yang
agak relevan dan semestinya masuk akal
la kan. Isk3 ku sangka panas sampai ke petang , rupa-rupanya hujan di siang
hari, ingatkan tugas sudah berakhir, rupa-rupanya kami perlu mengkategorikan
soalan yang dikumpul mengikut kategori yang sesuai. Nasib baik kami bekerja
dalam satu kumpulan,kejap je dah siap.
Seterusnya, kami perlu melakukan
investigation iaitu mengkaji kemungkinan jawapan terhadap soalan tersebut.
Setelah itu, proses perbincangan ala-ala ice brekking dilakukan dengan pantauan
big bos kami, Puan Faziela.
Ok la, setakat ni je sesi
karang-mengarang blog, esok kita sambung lagi.
assalamualaikum dan selamat malam….
assalamualaikum dan selamat malam….
NIK,FARHANA,ZURA,AINA(2013)
Selasa (2/4/2013)
Assalamualaikum wbt…
Janji ditepati
akhirnya kita berjumpa lagi. Jom dengar cerita kami. Hari ini kami belajar dalam
bilik yang berlainan dengan sebelum ini, sesi pengajaran dilakukan di makmal
computer. Bila berada dalam bilik ini, teringat kenangan belajar dengan papa
Nasir, hari-hari macam berada di syurga,hehhehe. Ok la, hari ini juga kami
perlu membawa topi dan memakainya semasa sesi pengajaran berlanngsung.
Hari ini kami belajar menyelesaikan masalah dan mencari
sesuatu menggunakan 7 step/stage yang
ringkas dan mudah. Nak tau apa dia, jom kita tengok:
Step 1:pilih soalan/ kategori
Step 2: lihat pattern soalan
Step 3: isikan ruangan ‘tools’
Step 4: judging reliability of sources
Step 5:judgement and decision making
Step 6:conclusion
Step 7:make the decision- think critically by using graphic organizer(peta minda)
Step 2: lihat pattern soalan
Step 3: isikan ruangan ‘tools’
Step 4: judging reliability of sources
Step 5:judgement and decision making
Step 6:conclusion
Step 7:make the decision- think critically by using graphic organizer(peta minda)
Langkah ini sebenarnya membantu kita dalam menyelesaikan apa
juga masalah yang kita hadapi dengan sistematik dan konsisten.
Ok, semoga berjumpa di lain masa,assalamualaikum wbt.
NIK,FARHANA,AINA,ZURA(2013)
No comments:
Post a Comment