Minggu 3
4/3/2013 - Isnin
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Pada minggu ini saya mempelajari tentang gegar mentol
dan gifted vs creativity. Apakah yang anda faham aktiviti ini? Sebenarnya
aktiviti gegar mentol dan gifted vs creativity
ini adalah untuk melatih seseorang individu itu untuk berfikir secara
kreatif dan kritis terhadap sesuatu masalah
yang timbul. Misalnya dalam aktiviti gegar mentol ini kami diberi situasi “
Bagaimanakah untuk mengurangkan kesesakan
semasa menggunakan escalator? Kami diberi kebebasan untuk
mancadangkan dan memberi idea untuk mengatasi masalah ini.
Antara
idea yang diberikan oleh ahli kumpulan kami untuk mengatasi masalah ini
ialah dengan membina gelongsor yang
memudahkan pengunjung menuruni tangga tanpa menggunakan escalator. Selain
daripada itu, ada dalam kalangan kami mencadangkan pihak pengurusan pusat membeli belah itu
membina escalator bertingkat untuk mengatasi masalah ini.
Selain
daripada itu, ada juga yang mencadangkan menggunakan penyapu ajaib seperti yang
digunakan oleh ahli sihir..hehe... Dalam aktiviti gegar mentol ini ia tidak
menyekat seseorang individu itu memberi
idea sama ada ia adalah logik atau tidak logik. Hal ini kerana, ia dapat
melatih seseorang itu untuk berfikir secara “out of box” kerana tiada yang
mustahil pada masa kini. Setelah semua
memberi idea masing-masing, Madam Fazeila menayangkan video yang telah di buat
di negara baratuntuk mengatasi masalah kesesakan semasa menggunakan escalator.
Antara langkah yang diambil oleh jurutera
mereka ialah dengan membina tangga yang boleh mengeluarkan muzik. Pelik tapi
benar. Itulah inovasi yang dilakukan oleh jurutera barat untuk menarik minat
pengunjung untuk menggunakan tangga lantas ia boleh mengurangkan kesesakan
semasa menggunakan escalator. Rentetan daripada itu, terdapat jurutera barat
membina gelongsor bagi mempercepatkan orang ramai menuruni tangga. Bagi
sesetengah individu ia seolah-olah tidak masuk akal tetapi ia benarnya ia logik
dan ia telah dibuktikan oleh jurutera tersebut.
GIFTED VS CREATIVE
Aktiviti
kedua yang diadakan pada hari ini ialah aktiviti Gifted Vs Creativity. Dalam Gifted Vs Creativity ini kami diberi
situasi “Bagaimana seseorang itu
menguasai kenderaan”. Nampak pelikkan?? Apa kaitan antara penguasaan kereta
dengan aktiviti gifted vs creativity? Itulah persoalannya. Inilah yang dikatakn
kursus Pintar Cerdas. Sebenarnya aktiviti
ini adalh untuk mendidik seseorang itu untuk berfikir secara
kreatif tanpa mengambil kira idea
tersebut itu logik atau merepek.
Secara
zahirnya, manusia sebenarnya boleh berfikir secara kreatif n kreatis tetapi
disebabkan oleh gaya pemikiran seseorang itu dihalang oleh beberapa faktor yang
menyebabkan kreativiti itu tidak dapat dikembangkan. Misalnya, semasa kami menyenaraikan
langkah-langkah yang perlu ada untuk menguasai kenderaan ia lebih kreatif
daripada senarai yang terdapat dalam
buku manual. Semua langkah-langkah yang kami kemukakan ini logik dan
boleh di terima pakai untuk menguasi kenderaan. Selain daripada itu, bagi saya aktiviti gifted vs creativity ini
melatih seseorang itu untuk berfikir secara kreatif dan yakin terhadap idea
yang kita berikan itu.
CLIP KERTAS....
*OK..YANG NI SENGAJA LETAK SEBAB CANTIK*
Aktiviti
ketiga ialah CLIP KERTAS. Kami diberi
masa untuk memikirkan bagaimana untuk menginovasikan clip kertas menjadi satu
bahan baru. Apa yang kami pelajari tentang aktiviti ini ialah kita perlulah
fikir diluar kotak untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibuat daripada clip
kertas. Tamsilannya dengan menggunakan jutaan clip kertas dah ia dileburkan
mungkin ia akan menghasilkan tray makanan. Percaya atau tidak. Itulah
hakikatnya. Nothing Is Imposibble In
This World.
Namun
begitu, tiada seorang pun antara kami yang boleh berfikir seperti yang diingini
oleh Madam. Kenapa? Hal ini disebabkan kita yang menyekat mindakita berfikir
secara kreatif .. Sekian terima kasih.. =) Akhir kata, kami sangat gembira
dengan aktiviti yang diadakan dalam kelas hari ini. Tq Madam dan InsyaALLAH..
segala ilmu yang diberikan akan kami manfaati semasa berada di sekolah kelak...
WANIEY, ATIEY, DINA & YANA (2013)
No comments:
Post a Comment