ASSALAMUALAIKUM…..
25 April 2013 (minggu 9)
Hey pembaca blog yang disayangi lagi dikasihi
sekalian ..
Pada 2 minggu lepas kelas kami pintar cerdas,
berbakat dan kreatif (KBC 3013) telah membuat ulangkaji berkaitan segala subjek
yang telah kami pelajari semasa di semester
satu dan semester dua masa kini. Tanpa kami sedari rupa-rupanya telah banyak
ilmu pengetahuan atau maklumat yang telah kami peroleh sepanjang proses
pembelajaran kami di universiti pendidikan sultan idris dalam bidang pendidikan
khususnya. Pada semester satu kami telah mempelajari subjek pembangunan
sahsiah, kanak-kanak berkeperluan khas, pengurusan kurikulum, kanak-kanak
masalah pembelajaran disleksia, dasar pendidikan khas dan sebagainya. Manakala
semester dua pula kami mempelajari subjek kenegeraan, wacana akedemik bhasa
melayu , olahraga, pintar cerdas , berbakat dan kreatif , kanak-kanak autisme
,disleksia ,
Pada
semester satu subjek pembangunan sahsiah kami belajar menyertai program
expential learning selama 2 hari. Kami telah banyak mempelajari tentang
pengalaman penceramah semasa program penceramah telah memberi kami inpirasi
untuk menjadi seorang guru kelas, guru yang baik dan perhatin amat diperlukan
masa kini ,penceramah mengajar kami untuk membezakan sahsiah guru yang baik
dengan sahsiah guru yang tidak baik. Tanpa kita sedari terdapat juga sahsiah
guru yang tidak baik pada masa kini sebagai contoh seseorang tidak bolehlah
melontarkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepada murid seperti “bodoh ”
kerana seperti yang kita tau setiap kata yang keluar dari mulut guru adalah
doa. Anak murid yang baik atau pandai pada masa kini tidak semestinya berguna
pada masa hadapan, manakala anak murid yang tidak baik atau bertingkah laku
buruk atau bodoh masa kini tidak semestinya mereka berguna kepada Negara dan
masyarakat pada masa akan datang. Seseorang guru jangan lah menilai anak murid
pada mata kasar sebaliknya melihatlah mereka dari mata hati.
Dalam
subjek Dasar pendidikan khas pula kami
pembelajari falsafah ,visi, misi, kurikulum pendidikan khas dan sebagainya.
Semua perkara tersebut perlu diketahui oleh seseorang guru pendidikan khas.
Kurikulum kanak-kanak pendidikan khas berbeza dengan kurikulum kanak-kanak atau
murid di arus perdana kerana kurikulum mereka fleksibel. Guru pendidikan khas
boleh mengubah kurikulum mereka mengikut tanpa kemampuan kognitif mereka
berikutan tahap kognitif mereka tidak sama dengan murid normal. Malahan
terdapat murid pendidikan yang berumur 12 tahun masih tidak mengenal huruf A B
C . keadaan ini menunjukan tahap kognitif mereka sangat rendah. Kebanyakan guru
akan memberikan mereka sesuatu kemahiran motor kasar dan halus dan kemahiran
vokasinal supaya mereka dapat berdikari pada masa akan datang selepas tamat
sesi persekolahan. Mereka juga boleh menambah sesi persekolahan mereka 2 tahun
sama ada di sekolah rendah tau di sekolah menengah. Antara dasar yang kami
pelajari ialah SALAMANCA, JOMTIEN, PUBLIC LOW dan sebagainya. Subjek pengurusan
kokurikulum kami belajar cara-cara untuk mengendalikan sesuatu program di
sekolah kelak,cara hendak membuat kertas kertas dan sebagainya Nampak mudah
tapi hakikatnya sangat susah untuk berurusan dengan orang atasan untuk
mendapatkan tandatangan dan sebagainya.
Subjek kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus disleksia pula kami banyak mempelajari cara untuk mengenal pasti murid-murid disleksia , mereka Nampak normal namun hakikat mereka mempunyai masalah pembelajaran iaitu disleksia. Jika guru atau ibubapa tidak dapat mengesan penyakit murid ini mereka berkemungkinan besar akan mengelarkan mereka sebagai murid yang bodoh .
Baiklah, nak cerita pula apa yang kami belajar pada semester 2 ? subjek semester 2 kami iaitu kanak-kanak kerencatan akal, autisme , down sindrom , autisme dan pelbagaian kecacatan. Lagi bahasa inggeris 1,wacana akademik bahasa melayu, olahraga, pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas ,pintar cerdas berbakat dan kreatif , kenegaraan , dan sebagainya. Dalam subjek kanak-kanak kerencatan akal, autisme down sindrom autisme dan pelbagaian kecacatan subjek lebih kurang subjek kanak-kanak bekeperluan khas masa semester satu akan tetapi subjek ini mengetahui lebih mendalam dalam suatu dalam pendidikan khas seperti autisme, disleksia dan sebagainya. Wacana akademik bahasa melayu kami belajar tentang cara-cara penulisan esei yang betul mengikut format APA , memperbetulkan cara ejaan yang betul, cara membuat forum dan sebagainya. Subjek ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam penulisan tugasan kelas.
Dalam subjek olahraga pelbagai teknik sukan olahraga yang betul telah kami pelajari seperti larian pecut, lontar perluru, lompat jauh, rejam lembing dan sebagainya. Setiap guru perlulah mengetahui Teknik sukan olaharaga yang betul supaya mereka dapat mengajar anak murid pada masa akan datang. Teknik yang betul boleh mengelakan daripada mendapat kecederaan semasa sukan. Subjek pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas dapat mengajar kami bagaimana hendak mengawal tingkah laku murid khas di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Antara cara hendak mengawal tingkah laku murid khas ini ialah menggunakan token ekonomi, penguhan positif dan negative, time out dan sebagainya. Semua guru pendidikan khas perlulah bersiap sedia untuk menghadapi tingkah laku murid pendidikan khas yang pelbagai. Antara murid khas yang mempunyai pelbagai masalah tingkah laku ialah hiperaktif dan autisme. Tingkah laku mereka sukar di kawal guru. Oleh itu ,guru perlulah mendalami cara-cara untuk mengawal tingkah laku murid pendidikan khas kelak.
Saya siti aliah bt abd rahim mewakili ahli kumpulan saya untuk menulis blog pada minggu ini next blog rakan saya yang lain pula... Naty kan penulisan mereka pada masa akan datang apa pula agaknya aktiviti pelajar pintar cerdas,berbakat dan kreatif semester 2 nie yea pada minggu hadapan ? hehe
Ahli kumpulan saya terdiri daripada ainieyna bt rosli, najihah bt manaf, faezah bt yusof, nur amalina bt jusoh, noor hidayah bt jamaludin, tuan yusranizar bt tuan yunus..
Sekian sahaja daripada saya,
Selamat menimba ilmu… ~Smile~
No comments:
Post a Comment