Layout

Sunday, 21 April 2013

'BATTLES OF THE WAR' ( minggu 8 )






Assalamualaikum..

                                                                                     

Khamis lepas iaitu 18/4 kelas kami mengadakan 'BATTLES OF THE WAR' haa.. Bunyi pun macam gempak je kan, hihihi.. Jom kita baca entry kami dalam 'BATTLES OF THE WAR' . Kami mendapat pesanan dari Puan Fazeila esok akan mengadakan battles of the war nihh ... Mula-mula kami memang blurrr .. ape itu? (memang selalu blur tak ada maknanya mula-mula blurr tuhh haha).

Setelah diterangkan baru kami faham sebenarnya macam mana pemainan battle nihh.. Dan setiap kumpulan diarahkan mencari dan membina  sebanyak mungkin soalan untuk ditanya kepada kumpulan lain dan memakai baju tema yang sama  .. Malam itu kat group dah mention kumpulan yang lain nak pakai bju ape .. terutamanya kumpulan kami ..haaaa (nampak sangat ter'excited' kan.. ). Akhirnya kami decide nak pakai bju warna ape .. try tekaa?

 

  'PURPLELISH GIRL GROUP'
                                        
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu terdiri daripada kumpulan kami sendiri iaitu purplelish group( berbelit lidah nih nak meyebutnya haaahh ) , ya hanana dan walawehh... . Persaingan antara kumpulan sengitt dimana kami diberi masa 2 minit untuk menjawab soalan yang disoal... siap ade pemerhatian bebas tauu .. ( amik kauuuu ekekkee )

Soalan yang ditanya mengenai Theories of Giftedness iaitu GADNER , RENZULLI, TRIARCHIC (STERNBERG) . Antara soalan yang ditanya   

1) Nyatakan 4 kebolehan semula jadi yang menyumbang kepada kepintaran ? ( GAGNE ). Jawapannya adalah intellectual, creative, socioaffective dan sensori motor ( kami dapat jwb soaln dtanya YEAYYYYY !!!! )

2) Mengapakan Borland  mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kepintaran tidak efektif?
jawapan : kerana kekurangan bukti yang menunjukkan keberkesanan gifted education pada masa itu .

3) Apakah aspek yang diketengahkan dalam 'teori triarchic'?

 Jawapan : i) to the internal world of the person
                  ii) to experience
                  iii) to the external
4) Berdasarkan teori triarchic ,apakah yang mempengaruhi kecerdikan seseorang?

Jawapan : i) Melawat negara orang
                 ii) Belajar subjek baru
                 iii) Menguasai bahasa asing

5) Bagaimanakan teori triarchic mendefinisikan kecerdikan seseorang ?

Jawapan : Orang pintar tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga tahu cara mengambil    peluang daripada kekuatan yang mereka ada sama ada untuk mengimbangi atau untuk memperbaiki kelemahan mereka. 



                                                 gigih mencari jawapan .. hehehe

5 guli untuk kumpulan kami.Ops !!  lupa nak bagi tau kami kena mengumpul guli untuk menjadi pemenang..

Akhirnya Alhamdulilah kumpulan kami menjuarai battle of the war nihh dengan mengumpul 24 guli hehehe (mehh cnnii nak tgokk guli kami )


                                            belah kiri itu merupakan mangkuk guli kamii

itu sahaja entry dari kumpulan kamu .. tunggu next entry pulak ye.. ( percubaan pertama menulis blog nihh maaf kalau ade kesilapan )

 ( Najihah, Hafizah,Aineyna,Alia,Hidayah,Amalina dan Yusranizar 2013)




No comments:

Post a Comment