Layout

Tuesday, 16 April 2013

IQ TEST DAN CRITICAL THINKING


Isnin  (1/4/2013) (minggu 7)

Kelas  pintar cerdas hari ini diteruskan dengan kami mencuba setiap ujian IQ  yang ada seperti The Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI), The Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC),dan Raven Test.Ujian-ujian IQ ini telah kami cuba dalam setiap kumpulan dan kami tukar ujian-ujian IQ ini secara bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing.Selesai sahaja kami mencuba kesemua ujian-ujian IQ di atas,Puan Faziela meminta kami semua menyenaraikan beberapa soalan dengan menggunakan 5W1H (when,what,who,where,why,how).Antara soalan yang dikemukakan oleh kumpulan saya ialah kenapa sesetengah ujian IQ ini hanya sesuai untuk kanak-kanak umur 2-6 tahun sahaja?,kenapa tidak sesuai dijalankan di Malaysia?,kenapa banyak menggunakan simbol?,kenapa ada verbal dan non verbal?,bagaimana ujian IQ ini dilaksanakan?,bagaimana hendak menguji kepintaran seseorang dengan hanya menggunakan ujian IQ?,adakah ujian IQ akan mempengaruhi kecerdasan emosi pelajar-pelajar pintar cerdas?,kenapa ada 2 warna pada blok yang diuji dalam ujian IQ iaitu merah dan putih?,adakah pengasas ujian IQ ini seorang yang pintar cerdas?,kenapa lebih banyak menggunakan gambar binatang?,antara ketiga-tiga ujian IQ tersebut,yang mana paling berkesan untuk menguji kepintaran seseorang?,kenapa Malaysia tidak mencipta ujian IQ? dan pelbagai soalan lain.Selepas selesai sahaja mengemukakan soalan-soalan ini,kami dikehendaki menkategorikan soalan-soalan ini mengikut kategori seperti instrument,pengendali dan sebagainya.Tujuan sebenar aktiviti ini diadakan ialah untuk membuat proses pemikiran kritikal melalui soalan-soalan yang di bina.Melalui proses pemikiran kritikal ini kita dapat berfikir tentang sesuatu perkara secara konsisten,logik dan dapat membantu seseorang membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan tepat.
 (Faizal,Dibah,Azie,Jihah,2013)
                                                                      Contoh Raven Test

                                               Contoh  WISC Test
                                           Contoh WPPSI Test



No comments:

Post a Comment