Minggu 7
1 April 2013, Isnin
Hello! Pada hari ini puan telah
meminta kami semua untuk memakai semula “Topi Detektif” yang telah
ditinggalkan pada minggu lepas. Kami diminta untuk menyenaraikan seberapa
banyak soalan yang boleh berdasarkan set IQ test yang dipilih. Kemudian kami
perlu mengkategorikan soalan tersebut mengikut kesesuaian.
sherlock holmes...saje menyelit.. ^_^ |
Proses yang
seterusnya ialah “investigation”
iaitu penyiasatan di mana kami perlu mengkaji jawapan kepada soalan-soalan yang
telah disenaraikan. Di akhir kelas, puan bertanya apa yang terjadi semasa kami
semua menyenaraikan soalan. Kebanyakannya mengatakan sifat ingin tahu yang
tinggi (curiosity).
Selepas itu, puan menerangkan, yang terjadi apabila pelajar berfikir adalah kreativiti. Apabila seseorang berfikir, secara tidak langsung kreativiti akan
tercetus sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Sebagai seorang
guru, apabila hendak membina soalan kepada pelajar pintar cerdas, perkara
penting yang harus dititikberatkan ialah soalan tersebut haruslah mencabar
minda pelajar agar mereka mampu berfikir secara kreatif.
Yana, Atie, Wani & Dina
(2013)
No comments:
Post a Comment