Minggu 7
2 April 2013, Selasa
Aloha! Sekali lagi pada hari ini
kami menjadi detektif. Pada hari ini kami mempelajari kemahiran berfikir. Terdapat
beberapa kaedah yang diusulkan oleh puan. Beberapa pilihan boring jawapan yang
masing-masing mewakili kaedah yang telah diusulkan. Kami diminta untuk memilih
kaedah yang paling sesuai dan mudah bagi kami. Bagi kumpulan saya, kami telah
memilih kaedah “Graphic Organizer”. Terdapat 7 tahap yang
perlu diikuti iaitu:
Stage 1 : (JUSTIFY) pilih satu soalan yang ingin kami kajian daripada
senarai soalan-soalan yang telah dibuat. Semasa memilih soalan, kami perlu
melihat apakah kategori soalan kami.
Stage 2 : (PATTERN) kami diberikan beberapa pilihan borang jawapan. Kami
perlu melihat bentuk soalan yang dipilih. Kemudian berdasarkan soalan tersebut,
pilih alat (tools) yang sesuai.
Stage 3 : (TOOLS) isikan ruangan tools. Ruangan ini adalah untuk
cadangan dan jawapan kepada soalan yang dipilih. Cadangan dan jawapan hendaklah
berdasarkan sumber yang sahih. Pada masa yang sama, kami perlu menilai sama ada
maklumat tersebut munasabah atau tidak untuk kami laksanakan tujuan utama kami.
Stage 4 : (JUDGING THE RELIABILITY OF THE SOURCES) kenal pasti sama ada
sumber kepada maklumat yang dicari adalah sahih ataupun tidak.
Stage 5 : (JUDGEMENT AND DECISION MAKING) bandingkan
setiap cadangan dan jawapan yang telah diisi di dalam ruangan tools berdasarkan
sumber yang diperoleh dan kemudian pilih jawapan atau cadangan yang paling
sesuai.
Stage 6 : (CONCLUSION)
beri kesimpulan terhadap cadangan atau jawapan yang telah dipilih. Sama
ada sesuai ataupun tidak. Kami perlu menilai berapa banyak kemungkinan yang
berpihak kepada kami dan adakah matlamat kami itu boleh dilaksanakan.
Stage 7 : (GRAPHIC ORGANIZER) akhir sekali, segala maklumat hendaklah
ditulis dalam bentuk Graphic Organizer.
Berdasarkan aktiviti tersebut,
apa yang ingin ditekankan oleh puan ialah kemahiran berfikir. Tanpa kita sedar,
kita telah memaksa otak kita untuk berfikir secara kritikal sepanjang aktiviti
ini berlangsung. Pelbagai soalan bermain dalam minda kita semasa kita mencari
maklumat dan pada masa yang sama kita akan mempersoalkan setiap maklumat yang
didapati. Maka, secara tidak langsung kita akan terus mencari maklumat yang
diperlukan untuk menjawab segala persoalan tersebut. Tanpa kita sedari,
sebenarnya kita sering melakukan proses berfikir secara kritikal. Kita akan
mempersoalkan setiap perkara yang kita jumpa dan berusaha untuk menjawab
persoalan tersebut.
Yana, Atie, Wani & Dina (2013)
the spectacles girls???? ^_^ |
No comments:
Post a Comment