Pada minggu ke-10 iaitu pada hari Khamis, seramai 27 orang mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan Khas semester 2 2012/2013 ( Pintar Cerdas) telah membuat lawatan ke Pusat Permata Pintar. Berikut merupakan tentatif program :
TENTATIF PRORGAM
MASA
|
PROGRAM
|
7.30 pagi
|
Bertolak daripada kolej KHAR.
|
9.00 pagi
|
Tiba di UKM
- Taklimat daripada pihak Permata Pintar
- Slot lawatan infrastruktur Pusat Permata Pintar.
- Slot beramah mesra dengan pihak Permata Pintar.
- Slot soal jawab dengan pelajar Pusat Permata Pintar.
- Penyampaian cenderehati
- Bersurai
|
12.30 tengahari
|
-Rehat
-Makan tengahari
-Solat
|
3.00 petang
|
Bertolak balik ke UPSI
|
Semasa kami tiba di Pusat tersebut, ketibaan kami telah disambut oleh pekerja di Pusat tersebut. Taklimat juga telah diberikan setibanya kami di sana. Terdapat beberapa intipati maklumat yang telah kami perolehi sepanjang sesi taklimat berlangsung. Sebagai contohnya sejarah penubuhan Permata Pintar di UKM. Semasa taklimat berlangsung,kami tidak berpeluang untuk memberi soalan dan hanya seorang daripada kami iaitu Muhammad Nizam yang sempat memberi soalan. Hal ini disebabkan pelajar-pelajar senior (Pelajar Master) yang kerap memberi soalan. Kami juga perlu memberi peluang kepada senior-senior kami untuk menanyakan soalan kepada pemberi taklimat. Selepas sesi taklimat tamat,kami dibenarkan untuk melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada para pelajar di pusat itu. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk para pelajar dipusat tersebut. Kami juga telah berjumpa dengan pelajar 2e iaitu Adik Arif Anwar. Menurut salah seorang guru disitu pelbagai lagi kemudahan yang akan dibina dalam masa yang terdekat untuk memberikan keselesaan kepada mereka.
Kira-kira pada pukul 1.30 sesi melawat kawasan Pusat Permata Pintar selesai. Sebelum kami kembali ke Upsi kami sempat untuk bergambar dengan tenaga pengajar di Pusat tersebut.
(Atikah,Syhaera dan Sarah,Afitri)
Ini merupakan gambar sepanjang lawatan.
No comments:
Post a Comment