Layout

Tuesday, 7 May 2013

Detektif Critical Thinking

Put on your detective's caps !
Selama dua hari kami telah menjadi detektif. Detektif kepada set IQ Test . Kami telah diberikan tiga jenis harta karun yang perlu kami siasat iaitu :


1.The Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI)
2.The Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC)
3.Raven Test

Jadi, bagaimana kami memulakan penyiasatan? Pada hari pertama kami telah menyenaraikan sebanyak soalan yang boleh kami timbulkan daripada pemerhatian dan perbincangan kami. Penyiasatan yang bernilai berjuta-juta ini diteruskan dengan peringkat yang lebih penting untuk mencapai satu konklusi.

Di awal proses penyiasatan

STAGE 1:PILIH SOALAN/KATEGORI-N JUSTIFY

Dalam puluhan soalan yang dibina, kami perlu memilih soalan yang ingin kami kaji dan apa yang kami harapkan daripada hasil kajian tersebut. Semasa membuat pilihan, kami perlu melihat apakah kategori soalan kami.

STAGE 2: LIHAT PATTERN- QUESTION-TOOLS

Kemudian, kami diberikan beberapa pilihan borang jawapan. Di sini kami perlu lihat, apakah pattern soalan kami. Adakah ia berkenaan perbandingan? Prediction? Klasifikasi? Kumpulan detektif kami telah sepakat untuk meletakkan soalan kami dalam kategori Prediction. Soalan kami adalah "Apa akan jadi jika IQ Test ini tidak dihadkan kepada peringkat umur tertentu?"

Yang mana satu sesuai?

Apa yang kami lakukan ialah mengemukakan lima soalan utama untuk kami kaji berkenaan IQ Test tersebut dan apakah jawapan yang kami harapkan daripada soalan tersebut

STGE3: ISIKAN RUANGAN TOOLS ANDA

Kami memenuhkan ruangan dengan soalan utama, soalan meramal dan jawapan yang diharapkan. Berdasarkan maklumat yang kami dapat, kami perlu lihat sama ada ia munasabah atau tidak untuk kami laksanakan tujuan utama kami.

STAGE 4 : JUDGING THE RELIABILITY OF THE SOURCES

Semasa mencari maklumat, kami perlu lihat kebolehpercayaan sumber kerana di internet ada pelbagai bentuk penulisan. Maka, kami perlu memeriksa latar belakang penulis artikel dan sebagainya

STAGE 5 : THE JUDGEMENT AND DECISION MAKING

Setelah selesai, kami perlu menilai semula segala maklumat yang diperolehi. Di sini kami dapat lihat adakah kemungkinan yang diharapkan itu sesuai dengan maklumat yang kami dapat.

STAGE 6 : CONCLUSION

Kami perlu melihat berapa banyak kemungkinan yang berpihak kepada kami dan adakah matlamat kami boleh dilaksanakan. Hasilnya, matlamat kami tidak dapat dilaksanakan kerana apa yang kami jangkakan sudah pun menepati IQ Test sedia ada.

STAGE 7 : GRAPHIC ORGANIZER

Akhir sekali, kami perlu menyusun dan menulis maklumat dalam table yang telah kami pilih ^_^
Tutup Kes !
Sebenarnya, apa yang ingin ditekankan dalam aktiviti ini ialah kemahiran berfikir. Secara tidak sedar, kita telah memaksa diri kita berfikir secara kritikal. Bagaimana? Semasa mencari maklumat, sudah tentu pelbagai soalan bermain dalam minda kita. Sungguhpun kita sudah mendapat jawapan kepada persoalan itu, kita akan tetap mempersoalkan maklumat tersebut. Maka, secara tidak langsung kita akan terus mencari dan mencari maklumat yang diperlukan untuk menjawab segala persoalan tersebut.

Critical Thinking itu satu proses yang penting dan sering kita lakukan tanpa kita sedari. Ia memaksa diri kita untuk mencari jalan penyelesaian dan kita tidak akan puas jika tidak mendapat jawapan yang tepat. Aktiviti ini sangat menarik kerana kami dapat saling memberi pandangan, mempersoalkan soalan orang lain, berdebat mengenai pandangan pakar serta bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

So, jangan malas-malas nak berfikir ^_^

Wana, Zul Haziq, Akmal, Zulhazli (2013)

No comments:

Post a Comment