Layout

Monday, 6 May 2013

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti merupakan cara pemikiran yang berbeza daripada perkara biasa dan setiap manusia mempunyai daya pemikiran kreativitinya tersendiri. Adakalanya ia agak sukar untuk memahami kerana muncul pelbagai persepsi dan spekulasi terhadap tahap kreativiti seseorang itu. Dunia kini penuh dengan pelbagai perkara yang menarik hasil kreativiti manusia itu sendiri tapi adakah dengan pemikiran kreativiti yang dihasilkan mampu di ubah menjadi realiti. Lantas, inovasi hadir mengisi impian-impian yang terhasil daripada kreativiti tersebut. Permikiran kita sudah dicorakkan untuk berfikir secara tegak atau linear tanpa ada peluang untuk kreativiti hadir memberi keseronokan dan jika ada ia hanya sekadar berhenti di otak sahaja,tidak ada semangat untuk meneruskan menjadikannya suatu projek atau hasil.

Terdapat satu contoh projek yang menggabungkan kreativiti dan inovasi iaitu projek dari program `theFunTheory’ di mana ia menggalakan penggunaan tangga dari pada tangga automatik. Tangga yang biasa diubah dengan meletak beberapa kelengkapan elektronik di atas tangga dan apabila dipijak tangga tersebut ia akan berbunyi. Ternyata ramai perjalan kaki yang berada disitu memilih tangga untuk bergerak ke tingkat atas atau ke bawah. Tidak kira tua atau muda dan jelas, jika kreativiti ditambah dengan usaha yang jitu ia mampu menjadi sebuah inovasi bukan sahaja menyeronokkan malah dapat membantu kehidupan manusia sejagat.


Akmal, Wana, Zul Haziq, Zulhazli ( 2013)

No comments:

Post a Comment