Dalam
kelas pada hari ini, kami telah menyentuh mengenai topik bagaimana menjana idea
dalam menghasilkan produk yang kreatif. Caranya ialah, kami diminta
menyenaraikan hasil inovasi dua benda yang berada dalam persekitaran kelas.
Pelbagai idea dilontarkan seperti pintu kaca, tirai, papan putih beroda, kerusi
meja, dan pelbagai lagi item yang dikategorikan sebagai produk yang kreatif.
Seterusnya, bagi mengukuhkan lagi pemahaman dalam topik ini, sehelai kertas
yang mempunyai gambar tanah yang kelihatan tidak lagi digunakan lalu kami
diminta menjana idea bagaimana tanah-tanah tersebut boleh dimanfaaatkan
sepenuhnya agar ianya tidak menjadi satu pembaziran. Aktiviti ini diberi nama
‘Pile of Dirt’.
Hasil kerja berkumpulan pelbagai
idea dapat disenaraikan seperti tanah tersebut boleh digunakan untuk pertanian,
taman permainan, rumah tanah liat dan juga tanah tersebut boleh digunakan untuk
tanah perkuburan. Kemudian, senarai idea-idea tersebut dikategorikan kepada
empat bahagian iaitu bisnes, pertanian, rekacipta dan pembangunan. Konsep
pemikiran kritikal diguna pakai dalam melakukan aktiviti ini dan melalui
aktiviti ini juga terhasillah pelbagai produk kreatif yang bersumberkan tanah.
Akhir kalam, pembelajaran hari ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana kotak
pemikiran yang agak berpagar mampu dibolosi seterusnya membuktikan kita juga
mampu untuk berfikir secara kreatif.
|
Penghasilan Idea |
|
Perbincangan dalam kumpulan |
Akmal, Zul Haziq, Zulhazali, Wana (2013)
No comments:
Post a Comment