Pada hari ini kami telah menjalankan
satu aktiviti secara berkumpulan. Setiap
kumpulan dengan nama syarikat masing-masing diminta untuk menyelesaikan satu
masalah yang dihadapi oleh pengusaha tin aluminium yang berjaya dan terkenal di
serata dunia. Namun, pengusaha ini menghadapi satu masalah dimana tin-tin yang
dihasilkan di kilang beliau masih lagi mengalami kerosakan yang serius seperti
kemek walaupun kilang beliau menggunakan mesin pembuat tin yang tercanggih pada
masa kini.
Ketiga-tiga delegasi
daripada tiga buah syarikat bersama-sama dan bertanding untuk memenangi tender
menyelesaikan masalah ini. Setiap kumpulan diberi masa untuk membuahkan fikiran
masing-masing agar masalah pengusaha kilang tin ini dapat diatasi. Kemudian,
ketiga-tiga buah syariat ini diberikan masa untuk membentangkan buah fikiran
masing-masing untuk dibuat penilaian oleh si pengusaha kilang. Ketika ini,
pelbagai idea dilontarkan satu per satu walaupun idea itu logik mahupun agak
mustahil untuk dilaksanakan. Pelbagai kritikan dan komen dihujahkan oleh pihak
syarikat-syarikat yang menunggu giliran mereka untuk membentangkan idea
masing-masing.
Apa yang dilihat
daripada situasi ini, syarikat yang dikritik itu berungguh-sungguh
mempertahankan idea mereka sungguhpun tidak logik dek akal dan terbukti
mustahil dilakasanakan kerana ianya memakan kos perbelanjaan yang tinggi.
Kritikan demi kritikan dilontarkan dan idea penambahbaikkan juga disumbangkan
namun setiap syarikat seolah-olah tidak mahu menerima perkara itu, mereka lebih
gemar dan bangga dengan idea mereka yang tersendiri. Inilah yang dinamakan
sebagai perangkap pintar dimana kita hanya ambil satu sudut dalam sesuatu
perkara dan mempertahankannya dan tidak mahu menerima perkara yang bertentangan
dengan bukan pilihan sendiri tanpa bersedia untuk mengaku salah. Akibatya, kita
lebih gemar untuk mengkritik dan tidak suka untuk berfikir secara spekulatif
dan hal ini dapat diatasi dengan berfikir secara bebas dan kreatif dan sentiasa
berani mengambil risiko dalam apa jua keadaan.
Zul Haziq, Akmal, Wana, Zul Hazli (2013)
No comments:
Post a Comment