Layout

Monday, 6 May 2013

Pictures Speak Louder Than Words


Kelas bermula dengan pembahagian buku cerita. Setiap buku cerita yang diagihkan mempunyai maksud yang mendalam dan kami ditugaskan untuk memahami dan menimbulkan persoalan berdasarkan buku cerita yang kami dapati dalam kumpulan. Bagi kami, buku-buku tersebut tidak menarik untuk ‘bedtime story’ kerana pemahaman dan imaginasi diperlukan dalam setiap bait-bait perkataan yang disampaikan.
            Puan meminta setiap kumpulan untuk menimbulkan persoalan dan persoalan itu mestilah berpandukan:
1.      Cognitive Abilities
2.      Creativity
3.      Higher Order Thinking Skills



              Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan besar dan setiap kumpulan disediakan satu bahan rangsangan iaitu buku cerita kanak-kanak antaranya buku berjudul “The Lost Thing”, “The Red Tree” dan juga “Mirror”. Buku-buku ini mempunyi jalan cerita mereka yang tersendiri dan mempunyai gambar-gambar yang menarik sesuai dengan situasi dan jalan cerita buku tersebut. Hasilnya, kami diminta untuk membuat dan memikirkan soalan-soalan berdasarkan gambar atau jalan cerita dalam buku itu.Maka, apa yang dapat disimpulkan disini ialah, dalam mereka apa-apa sahaja soalan, kita perlu sekurang-kurngnya menggunakan tiga kriteria yang telah dinyatakan tadi agar soalan yang dibuahkan itu boleh menjad indikator kebijaksanaan dan kecerdikan seseorang individu dan bukanya kita mereka sesuatu soalan itu berdasarkan emosi keadaan semasa. 


Kumpulan kami menerima buku yang bertajuk The Red Tree dan ditulis oleh Shaun Tan. Setiap buku cerita banyak mendedahkan kepada kita tentang matlamat dan pengalaman hidup kita sehari-hari. Sebagai contoh dalam buku The Red Tree, pelbagai soalan dapat diutarakan seperti:
1.      Kenapa perlu simbolik The Red Tree?
2.      Apa yang kita mahukan?

Setiap kumpulan turut mengutarakan pelbagai persoalan mengikut kefahaman masing-masing. Di akhir pembelajaran kami pada hari itu, puan menerangkan bahawa setiap persoalan yang kami timbulkan tidak salah cuma pemahaman kami terhadap arahan pertama puan nampaknya tersilap.

Puan mahukan kami menimbulkan persoalan yang sesuai untuk kanak-kanak pintar cerdas berfikir dengan lebih mendalam dan boleh ‘trigger the creative thinking of gifted student’ dan bukannya berdasarkan sifat ingin tahu kami tentang buku-buku yang dapat. Puan turut menyatakan bahawa salah satu cara yang pelajar-pelajar pintar cerdas berminat adalah melalui buku bergambar.

           Akhir sekali, kaedah lain yang boleh dipraktikan dalam seni bertanya ialah dengan menggunakan kaedah Taxonomy Bloom. Apa itu Taxonomy Bloom? Itulah tugasan anda untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam  >.<

(Wana et. al, 2013)

No comments:

Post a Comment