Rumusan bagi pembelajaran hari ini ialah saya dapat mengetahui bahawa setiap manusia
dilahirkan dengan kepelbagian kecerdasan.
Kecerdasan ini haruslah digilap, dipertingkatkan malahan
juga perlu dikembangkan agar ianya boleh menjadi satu kelebihan bagi
individu tersebut.
Howard Gardner telah memperkenalkan 8+1 kepelbagaian kecerdasan yang ada iaitu kecerdasan Logic Math, Verbal
Linguistic, Intra personel, Inter personal, Music, Spatial,
Naturalist, Kinesthetic dan Existentialism.
Kecerdasan Math-Logic menunjukkan seseorang individu tersebut mempunyai daya ingatan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang pengiraan. Individu ini tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul
dan mempunyai corak pemikiran yang konseptual dan abstrak. Selain itu, kecerdasan Verbal Liguistic pula menunjukkan sesorang itu memunyai kemahiran dalam menguasai
bahasa, kesusasteraan dan pertuturan.
Inidividu ini juga mempunyai seni tatabahasa
yang tinggi dan gemar menggunakan bahasa yang kompleks dalam perbicaraannya.
Tambahan pula, kecerdasan Spatial (Visual ruang) memiliki daya imaginasi yang tinggi, fikiran
yang kreatif dan mampu melihat sesuatu
secara jauh dan mendalam. Individu yang minat terhadap alam sekitar dan begitu
sensitif dengan isu yang melibatkan alam sekitar dikatakan mempunyai kecerdasan
yang dipanggil sebagai Naturalist. Individu ini lebih selesa bekerja dengan hal
yang melibatkan alam sekitar.
Sebaliknya, individu yang suka keada bunyi-bunyian dikategorikan sebagai
memiliki kecerdasan Muzik. Individu ini mampu menghasilkan dan membezakan antara not-not melodi yang berbeza
serta berkebolehan mencipta sesebuah lagu.
Kecerdasan Kinesthetic pula merujuk kepada kebolehan seseorang itu
menggunakan anggota tubuh badan melakukan aktiviti yang cergas. Dia mempunyai
kecekapan menginterpreritasikan pergerakan tubuh badan untuk melakukan sesuatu
aktiviti. Kecerdasan inter personal pula memperlihatkan bagaimana cara
seseorang itu berinteraksi dan bersosial dengan orang di persekitarannya.
Kecerdasan ini mamu meningkatkan komunikasi yang mantap serta merapatkan jurang
hubungan social. Berlainan pula dengan kecerdasan Intra personal, kecerdasan
ini menunjukkan kebolehan seseorang mengenali dirinya sendiri secara mendalam,
memberi motivasi dalaman dan berupaya untuk mendisiplinkan diri sendiri.
Akhir sekali ialah kecerdasan Existentialism. Kecerdasan ini
menunjukkan individu ini memunyai aliran falsafah yang fahamannya berusat
kepada kehiduan. Dia lebih memahami reality yang dihadapi oleh manusia serta
gemar menghayati fungsi agama dalam kehidupan seharian.
(Wana et.al , 2013)
No comments:
Post a Comment