Dalam kehidupan sebagai seorang
manusia, kita ada kemahuan untuk berkawan,menerima dan diterima. Kehidupan yang
keseorangan tidak sesuai untuk meneruskannya di zaman teknologi yang serba
canggih ini. Dalam konteks akademik, rakan merupakan perkara penting untuk
belajar meskipun terdapat segelintir pelajar yang gemar untuk belajar
bersendiri kerana mereka percaya dengan berlajar sendiri, mereka mampu
memberikan perhatian sepenuhnya. Akan tetapi, konsep rakan atau nama popularnya
`buddy system’ agak bertentangan sedikit dengan konsep pembelajaran sendiri.
Konsep rakan ini lebih menekankan sikap perkongsian ilmu di antara rakan rakan.
Sebagaimana kita tahu, dengan
lebih banyak ilmu yang dikongsikan maka perbincangan akan hadir disitu secara
tidak langsung pemahaman terhadap subjek tersebut akan lebih mudah untuk
diingati. Perkongsian yang berbentuk perdebatan mengenai subjek pelajaran atau
pengetahuan umum amat bagus daripada bergosip atau berbual kosong. Untuk
melaksanakan konsep buddy ini, satu kumpulan paling kurang mempunyai 3 orang
ahli kerana jikalau melebihi 5 orang ia akan menjadi lebih kepada sekadar
berlepak bersama jika tiada pengawalan yang rapi dalam topik perbincangan.
Zul Haziq, Akmal, Wana, Zulhazli (2013)
No comments:
Post a Comment