Layout

Thursday, 9 May 2013

sticky notes?? *the spectacles girls*


Minggu 5
18/3/2013
           
STICKEY  STicky NoTeS ???

            Hari ini, pada permulaan kelas, kami diminta untuk duduk dalam kumpulan masing-masing. Puan telah menyenaraikan tiga masalah dan kami diminta untuk memilih salah satu daripada masalah-masalah tersebut. Masalah yang pertama ialah “orang lain yang buat masalah, tetapi kita yang kena”. Manakala yang kedua pula ialah :kesuntukan masa untuk membuat assignment” dan yang terakhir ialah “masalah bangun lambat ke kuliah”. Kami semua bersepakat untuk memilih masalah yang kedua.



            Seterusnya, sticky note telah diberi kepada setiap kumpulan dan setiap kumpulan hanya boleh memilih satu warna sahaja. Kemudian, nota-nota kecil tersebut dibahagikan sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengkategorikan penyelesaian kepada masalah yang telah dipilih. Kumpulan kami telah diberi tugasan untuk mengkategorikan penyelesaian masalah tersebut mengikut fasa dan seterusnya kami perlu membentangkan penyelesaian masalah tersebut kepada semua kumpulan.

            Aktiviti yang kami lakukan di dalam kelas hari ini berkaitan dengan teknik Kawakita Jiro dan metakognitif selalu dikaitkan dengan teknik ini. Teknik ini juga berkaitan dengan penulisan idea di atas helaian-helaian kecil dan dikongsikan bersama ahli kumpulan.

 

~cikgu-cikgu PC ini memang unik ragamnya.. ^_^ ~

dina, atie, wani, yana (2013)
~the spectacles girls~

No comments:

Post a Comment