Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. bertemu kita di pagi hari yang penuh ketenangan dan kedamaian ini.
Hari ini merupakan hari selasa bersamaan 30 April 2013….huhu…Apa yang kami pelajari dalam kelas hari ini? Ok semua….Hari ini hanya satu jam sahaja masa, jadi sesi pengajaran dan pembelajaran kami tidak berlangsung, tetapi kami diberi peluang oleh Puan Fazeila untuk berbincang dalam kumpulan masing – masing mengenai persoalan – persoalan yang akan diajukan untuk kami mengadakan lawatan ke Permata Pintar pada hari khamis ini. Sebelum itu, pengarah bagi lawatan kami memberi sedikit maklumat dan meminta respon daripada AJK masing – masing agar lawatan kami berjalan dengan baik nanti.
Selepas itu, kami meneruskan perbincangan. Banyak juga kami sempat mencipta soalan - soalan untuk ditanya nanti. Antara soalan – soalan yang sempat direka oleh kami ialah “ bagaimanakah sekolah Permata Pintar memastikan pelajar bagi pihak yang kaya dan miskin dapat meneruskan pembelajaran mereka. Soalan kedua Apakah perancangan Permata Pintar pada 10 tahun akan datang? Seterusnya “Bagaimanakah pengisian aktiviti yang dijalankan di pusat permata pintar” ,serta adakah pelajar – pelajar seperti Sindrom down, Autisme, dan pelbagai kecacatan turut diterima di pusat Permata Pintar ini dan macam – macam lagi soalan…hehe… Lebih kurang dalam 20 soalan juga yang kami dapat buat dan bincang bersama – sama.
Puan Fazeila juga turut membantu kami dalam memperbetulkan beberapa soalan yang kami reka...Alhamdulillah… dengan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan segala perbincangan kami berjalan dengan baik bak kata pepatah bermuafakat membawa berkat…hihi.. Semua ahli kumpulan kami mengemukan idea – idea yang kreatif dan inovatif . Idea- idea tersebut, kami turut mengaplikasikannya dalam tugasan. Proses kerjasama antara ahli kumpulan juga amat penting bagi melancarkan sesuatu tugasan.Akhirnya, kami amat berpuas hati dengan perbincangan ini…huhu…Sebelum berakhinya coretan ini dengarlah serangkap pantun …
BERKEJAR – KEJARAN OMBAK DI LAUT,
MENYENTUH PANTAI BERPASIR BERSIH,
BUDI KAWAN – KAWAN DI SEBUT – SEBUT,
KERJA SELESAI DAN TERIMA KASIH..
terima kasih daripada kami 'PURPLISH GIRL' <HAFIZAH, NAJIHAH, AINIEYNA, AMALINA, HIDAYAH, ALIA,YUSRANIZAR.........
purplish girl are hot to go...H.O.T.T.O.G.O........hot to goooooooooooo......
No comments:
Post a Comment