Layout

Thursday, 9 May 2013

Persidangan Parlimen Sekolah Pintar Cerdas : Pemacu Negara ( Minggu 11 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pada hari Khamis yang lalu iaitu 09.05.2013 (minggu 11),, kami geng2 PC telah membuat satu perjumpaan bagi membincangkan mengenai persidangan parlimen yang bakal berlangsung pada minggu depan. Hahahhaha bunyi macam gah kan... di sini semua ahli kabinet telah dikumpulkan di Blok7 iaitu di Bilik Tutor. Semua ahli kabinet dikumpulkan untuk perjumpaan pertama dengan Yang Dipertua Agong PC Dr Profesor Diraja Engku Fazeila Isa iaitu Madam PC kami . Memang terbaik laa di sini telah dibahagikan kepada dua bahagian ahli kabinet iaitu pihak kerajaan dan pihak pembangkang.



Datuk Nur Syifaa Bt Che Jamil telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat PC. Heeehhehee kesian  dekat syifaa sebab terpaksa memegang amanah yang besar iaitu beliau perlu adil. Hal ini dibuktikan oleh penjagaan masa yang perlu dibuat semasa persidangan itu berlaku. Persidangan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit.


Kumpulan kami terdiri daripada :

Kerajaan
1.Dato' Seri Hajah Afitri Murkandi (Perdana Menteri)
2.Dato' Sri Dr Ainieyna (jawatan)
3.Datuk Dr. Hjh. Noor Syhaera Binti Muhammad
4.Tan Sri Datin Paduka Dr. Atikah Bt. Abu Bakar
5.Dato' Sri Profesor Madya Nur Najihah bt Abd Manaf
6.Datuk Dr. Noor Hafizah bt Mat Yusoff
7.Datin Sri Paduka Nur Amalina bt Jusoh
8.Dato' Paduka Hjh. Siti Aliah bt Abd Rahim
9.Dato' Paduka  Dr.Noor Hidayah binti Jamaludin
10.Datin Sri Tuan Yusranizar bt Tuan Yunus
11.ACP Datuk Wan Nurul Atieyani bt Wan Ismail
12.Datin Paduka Siti Sarah bt Mohamad Zukri
13.Dato' Wira Nur Akmar bt Ramli


 Madam kami yang memegang jawatan Yang Dipertua Agong PC Dr Profesor Diraja Engku Fazeila Isa, telah memberitahu kami iaitu geng2 PC bahawa persidangan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan strategi dalam mendapatkan Sekolah Pintar Cerdas Pemacu Negara. Yang pasti tidak berpihak kepada mana-mana ahli politik...hahahhhahaha sekadar ingatan kepada kita semua.. :)





Selain itu, persidangan yang dibuat mempunyai tujuan yang lain juga,,, antaranya....

1. Ianya akan mengajar kita etika dalam berketerampilan dalam sesuatu situasi
2. Mengajar kita juga untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa
3. Ianya juga melatih geng2 PC cara untuk bercakap dengan betul ( tidak mengikut emosi )
4. Setiap gelaran yang diberikan kepada geng2 PC mempunyai maksudnya tersendiri
    ( bukan sekadar gelaran)

Selepas itu, kami terus membuat keputusan untuk membuat perbincangan antara menteri-menteri kerajaan. Kami telah mengadakan perjumpaan di Blok 8 aras 0 bilik 16. Memang hepi sangat masa pembahagian  jawatan tersebut. Kami telah menamakan jawatan menteri iaitu terdiri daripada saya sendiri iaitu Noor Syhaera Binti Muhammad yang memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Atikah pula Menteri Luar Negeri, Sarah memegang jawatan Menteri Sumber Manusia, Menteri Kewangan pula Afitri dan menteri-menteri lain. Semua jawatan yang diterima adalah sesuai dengan gelaran yang telah diberikan..Haahahhahahhha memang lawak lar... Terima kasih kepada menteri-menteri kerajaan semoga dapat belajar cara berparlimen secara sihat antara geng2 PC jangan bergaduh pula nanti,,,

Ini saja yang dapat saya kongsi dengan geng2 PC untuk minngu 11.. lain kali jupe lagi taw...hehehehhehe... Saya yakin semua dah tidak sabar kan untuk menunggu sesi persidangan parlimen 2... buat yang terbaik taw semoga ceria di hari persidangan itu...

Sekian, terima kasih daripada SYHAERA, ATIKAH dan SARAH, AFITRI..... :)... bye semua.. assalamualaikum.







No comments:

Post a Comment