Layout

Thursday, 9 May 2013

Seni Bertanya *the spectacles girls*


Minggu ke-6
25 Mac 2013, Isnin

SENI BERTANYA

            Kelas bermula dengan pembahagian buku cerita. Setiap buku cerita yang diagihkan mempunyai maksud yang mendalam dan kami ditugaskan untuk memahami dan menimbulkan persoalan berdasarkan buku cerita yang kami dapati dalam kumpulan. Bagi kami, buku-buku tersebut tidak menarik untuk ‘bedtime story’ kerana pemahaman dan imaginasi diperlukan dalam setiap bait-bait perkataan yang disampaikan.


            Puan meminta setiap kumpulan untuk menimbulkan persoalan dan persoalan itu mestilah berpandukan:
1.      Cognitive Abilities
2.      Creativity
3.      Higher Order Thinking Skills

Kumpulan kami menerima buku yang bertajuk The Red Tree dan ditulis oleh Shaun Tan. Setiap buku cerita banyak mendedahkan kepada kita tentang matlamat dan pengalaman hidup kita sehari-hari. Sebagai contoh dalam buku The Red Tree, pelbagai soalan dapat diutarakan seperti:
1.      Kenapa perlu simbolik The Red Tree?
2.      Apa yang kita mahukan?



 

Setiap kumpulan turut mengutarakan pelbagai persoalan mengikut kefahaman masing-masing. Di akhir pembelajaran kami pada hari itu, puan menerangkan bahawa setiap persoalan yang kami timbulkan tidak salah cuma pemahaman kami terhadap arahan pertama puan nampaknya tersilap.

Puan mahukan kami menimbulkan persoalan yang sesuai untuk kanak-kanak pintar cerdas berfikir dengan lebih mendalam dan boleh ‘trigger the creative thinking of gifted student’ dan bukannya berdasarkan sifat ingin tahu kami tentang buku-buku yang dapat. Puan turut menyatakan bahawa salah satu cara yang pelajar-pelajar pintar cerdas berminat adalah melalui buku bergambar.

            Di akhir pengajaran juga puan turut menyelitkan mengenai seni bertanya berdasarkan Taxonomy Bloom adalah analogy dan yang seterusnya akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam kelas yang akan datang.

dina, yana, atie, wani (2013)

~the spectacles girls~

No comments:

Post a Comment