Layout

Thursday, 9 May 2013

Malu Bertanya Sesat Jalan : Seni Bertanya

Pernah tak rasa macam nak tanya tapi nak taknak je angkat tangan?
Pernah tak rasa macam nak tanya tapi tak tahu nak tanya apa?
Pernah tak rasa macam nak tanya tapi toleh kanan toleh kiri ?
Pernah tak? Pernah tak ? Pernaahhhhhhh ~

Jadi, itulah persoalannya kali ini. Kenapa kita susah sangat nak bertanya soalan sedangkan dulu masa zaman hingusan, beratus soalan kita ajukan kepada mak dan ayah.

" Mak, kenapa bola tu bulat?" "Ayah, boleh tak harimau menyanyi?" "Mak, kalau kita boleh cakap bahasa kucing, apa akan jadi?" "Ayah, macam mana siang boleh jadi malam?" --- Itu imbas kembali memori zaman comel. Semakin meningkat usia, semakin kurang minat nak tanya, kan ??? Err... pernah ke tanya macam ni? Mesti pening mak ayah nak google (kalau ada masa tu)

Why you don't ask????

Perbincangan di dalam kelas pada hari ini telah berjaya menyenaraikan bermacam-macam sebab manusia tidak mahu bertanya (based on experience rasanya) :

* maluuuu la sayewww
* tak tahu nak tanya apa
* alaaa, nanti mesti si dia akan tanyakan
* takut dengan ayat "cis, berlagak pandai la tu tanya itu ini"
* takut dengan ayat " kahkahkah ~ ape punye soalan la. itu pun nak tanye ke?"
* kurang motivasi diri sebab masa kecik2, banyak tanya kena marah
* malasssss sangatttt, rasa berat je tangan ni


Credits to Aiman Azlan
Sebenarnya banyak lagi alasan yang menjadi halangan untuk kita bertanya. Tahu tak, kita kerugian teramat bila tidak mahu bertanya dan malas nak bertanya. Sebab .... daripada pertanyaanlah kita mendapat jawapan. Daripada pertanyaanlah kita menggerakkan minda untuk berfikir dan daripada pertanyaanlah kita mencari dan mencipta sesuatu yang baru ^_^

Sesi perbincangan yang hangat
Kami telah diberikan satu task ringkas pada hari ini iaitu A Round Table Approach to Studying Brazil. Begini caranya. Kami telah diberikan satu set soalan yang dihasilkan oleh murid-murid di sebuah sekolah. Teknik ini telah digunakan oleh seorang guru yang mengaplikasikan MI di dalam kelasnya. Topiknya adalah BRAZIL. Mereka bebas mencipta soalan berdasarkan MI masing-masing. Jadi, apa yang kami dapat adalah senarai soalan hasil daripada kaedah yang guru ini gunakan. Sangat menarik. Murid jadi lebih berminat dan otak mereka dirangsang untuk bertanya apatah lagi ini peluang mereka untuk bertanya sesuatu yang mereka minati.  Sangat kreatif. Secara tidak langsung, proses berfikir secara 3K iaitu kritis, kreatif dan kritikal telah pun berlangsung.


Set soalan
Terdapat 10 bahagian atau cara untuk bertanya. Yang pertama ialah persoalan mengenai pengalaman masa lampau, sebagai contoh Macam mana anda tahu pasal.....?. Seterusnya, persoalan mengenai senarai kandungan, seperti Apa maklumat penting yang anda harapkan dalam .......?. Persoalan mengenai tajuk utama, Persoalan apa yang timbul mengenai tajuk .......?. Persoalan mengenai maksud perkataan, Apa maksud ayat ini....adakah ia penting...?. Persoalan untuk mengetahui lebih lanjut, Adakah anda menjumpai bukti untuk menyokong hujah anda mengenai ....?. Persoalan mengenai Idea utama, apa idea utama untuk bab ini......?. Persoalan untuk mengeluarkan lebihan maklumat, fakta apa yang menunjukkan .....?. Persoalan mengenai susunan atau turutan, Bagaimana susunan ini memainkan peranan mereka...?. Persoalan mengenai penerangan isi, Apa yang anda fikir kesannya jika....? dan yang terkahir ialah persoalan mengenai pendapat peribadi, Ciri apa yang anda akan gunakan setelah membaca buku yang ditulis oleh penulis ini? 

Pada hemat kami (ewahhh ayat high class), ini adalah salah satu seni bertanya yang berjaya diwujudkan oleh guru tersebut. Murid lebih minat untuk bertanya dan tahu apa yang mereka mahu tanyakan kepada satu topik. Berbeza dengan persekitaran kita di sekolah dulu. "Ok, ada apa nak tanya?" Itulah arahan guru. Sekarang dah boleh ubah "Baiklah, awak boleh senaraikan seberapa soalan yang awak nak mengikut minat masing-masing" Haaaa ... barulah rasa diri ni dihargai kan kan kan ~ Boleh diaplikasikan di dalam kelas supaya semua murid berpeluang untuk bertanya ^_^ 


Senyum ^_^ Kaunter soalan dibuka !
Pengajarannya,jangan malas bertanya, jangan sekat pertanyaan anda hanya kerana halangan yang boleh kita redah begitu sahaja. Malu bertanya, sesat jalan ~

Zul Haziq, Wana, Akmal, Zulhazli (2013)

No comments:

Post a Comment