Layout

Thursday, 2 May 2013

PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN INOVATIF

Pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif .Antara aktiviti yang dijalankan oleh kami didalam kelas pada hari ini ialah menginovasikan klip kertas menjadi bahan baru . Kami diberi masa untuk berfikir dan setelah itu harus membentangkan hasil inovasi kami .
Apa yang telah kami pelajari tentang aktiviti ini ialah kita tidak boleh membataskan pemikiran kita dan harus berfikir dengan lebih jauh ataupun istilahnya berfikir di luar kotak .Hal ini kerana tiada satu pun benda dalam dunia ini mustahil untuk dicapai.Sebagai contohnya dengan menggunakan jutaaan atau berbilion klip kertas mampu menghasilkan pinggan atau bekas makanan ,jika berfikir secara positif semua ini mampu untuk direalisasikan.
Tetapi kami semua tidak berjaya , tiada seorang pun antara kami yang boleh berfikir seperti yang diingini oleh Puan Fazila.Kenapa hal ini terjadi? Semua ini terjadi oleh sebab kita terlampau menyekat minda kita berfikir secara kreatif ..
kami sangat gembira dengan aktiviti yang diadakan dalam kelas hari ini.
Terima Kasih kepada Puan yang sudi berkongsi ilmu tentang krativiti dan inovasi .Aktiviti ini sangat menarik dan bermanfaat dan InsyaALLAH.. segala ilmu yang diberikan akan kami aplikasikan semasa berada di sekolah kelak...


Coretan hati:
Maziah,Annur ,Sya,Ezma Hanisah

No comments:

Post a Comment