Layout

Thursday, 2 May 2013

CREATIVE PRODUCT



1+2=creative product. Pelik bukan? Tetapi benar. Bagaimana? 1 merupakan produk asal seperti papan putih, manakala 2 mewakili produk asal seperti roda. Apabila kedua produk ini digabung, maka menghasilkan produk yang baru, dikenali juga sebagai creative product iaitu papan putih yang mudah alih dan dapat digerakkan. Bagi memastikan kami faham konsep yang diketengahkan, satu permainan telah dilakukan iaitu kami perlu mencari creative product yang terdapat di dalam bilik kuliah. Pelbagai creative product yang dapat kami cari seperti tali+kasut=kasut bertali (creative product). Seterusnya, kami ke sesi kedua iaitu Pile Of Dirt. Pile? Dirt? Apa ya? Hah, di sini kami di beri satu gambar bersaiz A4 seperti di bawah :
Description: https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/164290_629183273762471_1739950003_n.jpg
Kemudian, daripada tanah tersebut, kami perlu menghasilkan produk yang kreatif seperti tanah+air=pasu (creative product). Kami diberi durasi selama 10 minit dan perlu menghasilkan sebanyak yang mungkin produk yang kreatif hanya dengan menjadikan tanah sebagai produk yang 1 digabung pula dengan apa sahaja produk yang ke2 untuk menghasilkan produk yang kreatif. Setelah selesai, kami memasuki fasa yang ketiga iaitu mengkategorikan produk yang kreatif kepada 4 jenis kategori berdasarkan apa yang telah dilakukan pada sesi kedua. Kertas seperti di bawah ini telah diberikan :
Description: https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/15123_629183753762423_388202315_n.jpg









Di ruangan yang kosong tersebut, kami perlu mengkategorikan seperti pertanian, permainan, bisnes dan pembangunan(kategori dituli pada vertical sebelah kiri sekali dan horizontal yang paling atas).  Setelah itu, kami perlu membuat pangkah secara \ dari atas kiri ke bawah kanan (tidak buat pun tidak mengapa). Pada fasa ke 4, kami perlu masukkan hasil produk kreativiti yang kami hasilkan pada fasa ke 2 mengikut 4 kategori. Seterusnya, kami perlu membentang dan menerangkan kepada rakan sekelas. Hasil daripada pembelajaran ini, kami belajar bagaimana untuk menyenaraikan idea dan menjana idea. Dalam masa yang sama, tanpa disedari kami menggunakan critical thinking sebagai alat untuk membantu kami menghasilkan idea yang gila-gila tanpa memikirkan sebarang consequences. Sebelum kelas tamat, satu persoalan telah ditimbulkan, adakah critical thinking ini bagus atau tidak? Fikir2 kan.


~ANNUR, EZMA, NISAH, SYA, MAZIAH

No comments:

Post a Comment