Layout

Friday, 3 May 2013

GEGAR MENTOL



GEGAR MENTOL

Gegar Mentol??
Kreativiti ialah mengubah idea yang sedia ada. Disini kami ingin berkongsi tentang kreativiti yang telah kami pelajari, iaitu ‘Gegar Mentol’.  Kreativiti yang telah menjadi inovasi di negara luar. Sebagai contoh, kami harus memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan orang menaiki eskalator, dan menggunakan tangga yang disediakan?
Dalam sesi pembelajaran kami, pelbagai jawapan yang diberikan termasuk jawapan yang diluar jangkaan kami. Cara yang telah dilakukan di luar negara ialah Fast Lane dan juga Piano Stairs. Fast Lane merupakan cara yang mudah untuk turun dari tingkat atas, iaitu dengan cara menggolongsor ke bawah. Manakala Piano Stairs ialah tangga yang akan mengeluarkan muzik apabila kita menggunakan nya, dengan cara itu akan menarik minat mereka lagi.
Halangan yang terdapat dalam Gegar Mentol atau dengan cara mengubah idea yang telah sedia ada iaitu kesan Kinabalu. Kinabalu diibaratkan sebagai maklumat atau pengetahuan  yang kita dapat, ada.Kesan Kinabalu yang terdapat adalah seperti gaya reaktif, penyelesaian masalah, menggunakan buku teks, kreatif, lambakan maklumat dan juga soalan analisis.
Dalam Gegar Mentol juga dapat mengetahui cara untuk mengurangkan kesan kinabalu ini. Antaranya ialah berfikir sebelum melakukan sesuatu. Selain itu, tidak menunggu maklumat sahaja bahkan kita yang sepatutnya maju ke hadapan. Tambahan lagi, kita perlu berfikir untuk penambahbaikan dahulu sesutu perkara.

~ezma, annur, maziah, sya, nisah

No comments:

Post a Comment