Layout

Thursday, 2 May 2013

MARI BERCERITA BERDASARKAN GAMBAR


MINGGU 6

Isnin  25/03/2013



Pada minggu ini kumpulan kami telah diberikan sebuah buku cerita yang bertajuk “The Lost Thing by Shaun Tan” dan telah diminta untuk menyelesaikan suatu misi penyiasatan  mengenai ujian IQ berdasarkan kepada set-set ujian yang diberikan iaitu WISC,WPPSI-III dan RAVEN….(macam detektif conan la plak….heheheh :P ). Berdasarkan bahan-bahan tersebut,kami dikehendaki untuk menerbitkan seberapa banyak persoalan berdasarkan apa yang telah dibaca,dikaji dan perhatikan. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis diperlukan bagi menghasilkan persoalan-persoalan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh orang lain. Oleh itu, setiap kali kita menghadapi keadaan di mana kita tidak diberi jalan penyelesaiannya, kita mestilah menggunakan daya pemikiran kreatif.

Secara keseluruhannya,kami berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat mengkaji sendiri isi kandungan yang terdapat dalam set-set ujian IQ dan buku cerita tersebut. Selain itu, ia dapat menguji tahap kreativiti setiap ahli kumpulan dalam menerbitkan persoalan-persoalan. Kreativiti itu wujud di mana-mana sahaja. Oleh itu, anda tidak dapat lari daripadanya dan apa yang penting ialah mengusahakan sesuatu serta melakukan perubahan…..(renung-renungkan dan selamat beramal  ;D )

ZURA,NIK,AINA,FARHANA(2013)

No comments:

Post a Comment