MINGGU
10
ISNIN 29/4/2013
Inspire Yourself, Before
Inspired Other
Assalammualaikum
dan salam sayang kepada semua warga pintar cerdas. Minggu ini merupakan minggu ke-10 dalam
semester 4. Pada hari ini, kami telah melakukan aktiviti perbincangan dalam bulatan
besar. Kami telah membentuk menyusun kerusi bagi membentuk bulatan. Pada sesi
pertama, kami diminta untuk menyatakan pendapat kami mengenai Multiple
Intelligence (MI). Pada kali ini, Puan Fazeila bertindak sebagai moderator.
Melalui sesi ini, kami dapat mengetahui pandangan setiap rakan-rakan mengenai
MI. Terdapat salah seorang daripada kami telah menimbulkan satu topik yang menarik
iaitu Kebolehan VS Straight A’s.
Melalui pandangan dan perbincangan dalam
bulatan ini, dapat kami simpulkan bahawa kebolehan biasanya kita gunakan dalam
kehidupan, tetapi straight A’s tidak mejamin kejayaan kehidupan kita. pada sesi
kedua pula, kami diminta untuk berkongsi mengenai subjek yang paling memberi
makna kepada kami sepanjang 4 semester kami disini. Bermacam-macam pandangan
serta ragam yang dapat dilihat semasa aktiviti ini dijalankan. Ada yang
berkongsi mengenai subjek minor mereka, subjek kokurikulum, subjek major dan
tidak lupa subjek Universiti. Kuliah
pada hari ini diakhiri dengan satu kata-kata daripada puan fazeila iaitu “Inspire Yourself, Before Inspired Other”.
Kata-kata ini membuatkan kami terfikir sejenak.
Akhir kata, aktiviti yang dijalankan
pada kali ini amat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang berharga serta
sedikit sebanyak membantu kami lebih mengenali rakan-rakan kami.
AINA,ZURA,FARHANA,NIK(2013)
No comments:
Post a Comment