Assalamualaikum
semua dan salam sejahtera untuk chris. Alhamdulilah dipanjangkan usia ni lagi
untuk menulis sesuatu yang diharap dapat menjadi sedikit ilmu yang berguna
kepada sahabat-sahabat dirahmati allah sekalian untuk masa yang akan mendatang.
Saya sejujur nya tiada idea untuk menulis sesuatu dalam blog ni mungkin
disebabkan oleh tiada pengalaman langsung dalam bidang penulisan . Apa yang
mungkin saya nak kongsi kan dalam penulisan ni ialah tentang sahabat-sahabat
saya,pensyarah saya dan perjalanan kursus
pintar cerdas ini sendiri. Saya melihat penulisan sahabat-sahabat yang lain
sangat kreatif didalam meluahan coretan pengalaman sepanjang berada didalam kelas pintar cerdas
ni sendiri , mungkin lain kali boleh la buat bengkel untuk ajar saya penulisan kreatif ni kan..hehehe..sahabat-sahabat saya yang lain saya rasa sudah memperincikan
perjalanan dari mingu pertama pembelajaran kursus ini sehinggalah lawatan ke
ukm tempoh hari, mungkin sedikit sahaja lah apa yang ingin saya tambah ialah
mengenai aktiviti kita semasa menyusun kertas lukisan yang telah dicetak oleh
puan menjadi sebuah cerita baharu mengikut kreativiti dan corak gaya pemikiran kita
. Bagi pandangan peribadi saya sendiri, saya melihat apabila aktiviti ini
dijalankan,ia nya mampu menjana imaginasi kita sebagai bakal pendidikan ke satu tahap maksimum dalam tempoh masa
yang sangat singkat. Mungkin disebabkan
faktor keinginan yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan ini. Setiap ahli
kumpulan yang telah dibahagikan memberi komitmen dalam menyelesaikan susunan jalan
cerita terbaik , satu cerita yang dibentuk dan diberi nafas baharu, susunan gambar dan perubahan cerita di
buat berdasarkan pandangan kritis sahabat-sahabat . itu sahaja lah pandangan
dari saya, tak pandai dah nak ulas panjang-panjang..hehehe..sekian terima kasih
kerana sudi membaca..wasalam. ( nizam 2013 )
No comments:
Post a Comment