assalamualaikum dan salam sejahtera, moga semua sihat-sihat dan bersemangat selalu.. heheee., disini saya ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman kami yang perlu menggunakan kreativiti dan daya imaginasi masing-masing. huhuu., pada hari yang bertarikh 14 Mac 2013, satu aktiviti pembelajaran yang sangat menarik telah kami lalui.. heheee.. hal ini kerana pembelajaran pada hari itu, kami menggunakan kreativiti dan imanginasi sendiri. kami juga telah disuruh oleh puan untuk membawa alat-alat mewarna seperti crayon dan pensel warna.. haaaaa nak pembelajaran apa? sabar yer.. hahaaa.. pada hari itu, puan Fazeila telah masuk ke kelas dengan membawa kertas berukuran A4.. kami tertanya-tanya juga puan nak buat apa dengan kertas itu.. hmmmm.. xsabar pom ada masa tu., biasa la kann, perasaan ingin tahu nie sangat tinggi.. hahaaa.. poyoo tak?
kertas yang dibawa puan itu sebenarnya merupakan satu pelajaran yang kami hadapi hari itu.. haaa nak tau pelajaran apa? hahaa.. kertas berukuran A4 itu diagihkan satu setiap seorang oleh puan kepada kami., kertas yang diberi itu bukanlah kertas kosong biasa.. di kertas A4 itu, puan telah mengecop beberapa bulatan yang lebih kurang sebesar duit 50 sen kot.. hahaa tak tak.. besar sikit dari duit 50 sen.. setelah itu, puan menyuruh kami melukis apa sahaja mengikut kreativiti dan imaginasi kita.. oowhhh.. itu sahaja rupanya.. hahaaa.. buat-buat pandai sikit., tapi sebenarnya bukan kreatif sangat.. puan juga memberi masa beberapa minit kepada kami untuk menyiapkan lukisan tersebut.
huhhhh.. bila je masa melukis, semuanya fokus, hahaaa.. ada yang tunggu kawan dia yang lukis dulu, ada yang bertanya kawan dia apa yang hendak dilukis., macam-macam ragam la boleh dilihat masa tu., lawak pom ada, rasa macam kembali masa sekolah tadika pule.. hahaaa.. beesssttt... masa itu, pelbagai corak dapat dilihat hasil daripada lukisan pelajar-pelajar pintar cerdas ini.. ada yang lukis guli, bulat la katakan.. hahaa, ada yang membuat corak batik, yang hebat ada yang buat kepala alien.. wahh dahsyat tak.. hahaaa.... memang menyeronokkan la dapat melukis pada hari itu. disitu dapat dilihat bahawa kami nie kreatif la juga.. hahaa, walaupun lukisan itu macam-macam jenis.. seronok..
baiklah.. setakat ini sahaja pengalaman yang dapat saya kongsi pembelajaran pada hari itu.. sekian.. ngeeeeee~~~~~... ( atiey, akmar dan syifaa )
beberapa gambar yang diambil :
No comments:
Post a Comment